Author Topic: sambung cerita ini....  (Read 716 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline Che' Kuntum

  • ¢¾ Jurulatih Gimnastik Negara ¢¾
  • EXCO
  • 4 Star Members
  • *
  • Posts: 5,081
  • Karma: +4953/-2
  • Gender: Male
  • ❶ ❷ ❸ ❶ ❷
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #10 on: October 16, 2008, 09:37:34 PM »
"Ah.. Blackout pula", getus hati Hairi. Hairi nekad untuk meneruskan Solat Maghrib.

Hairi mula mengangkat takbiratulihram, "Allahuakbar". Keadaan yang gelap dan agak panas membuatkan Hairi agak kurang selesa dan tidak khusyuk sepenuhnya. Namun, dia tetap meneruskan tanggungjawab itu kepada Penciptanya. Selesai solat Maghrib, mulut Hairi terkumat kamit berdoa mohon petunjuk dari Allah SWT agar dia tidak gugup ketika pertemuan dengan Nuriz nanti.

"Amin", baca Hairi menutup doanya itu. Selesai berdoa, Hairi melunjurkan kakinya untuk menghilangkan kebas dan sengal yang menyerang kakinya. Serentak itu juga, dia melabuhkan kepalanya di atas sejadah yang masih belum dilipat. Niatnya cuma satu, mencari ketenangan. Hairi tersilap percaturan. Ketenangan yang dicari bertukar menjadi tidur. Hairi lelap di dalam gelap di surau itu.
I am like any other man. All I do is supply a demand.

Offline Cik_Konah

  • Damen
  • Gold Members
  • *
  • Posts: 10,842
  • Karma: +9849/-157
  • Gender: Female
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #11 on: October 16, 2008, 10:26:12 PM »

Hairi terasa seperti ada sesuatu yang menguis-nguis telinganya. Digaru-garu cuping telinganya itu. Benda itu masih menguis.. Hairi menggaru lagi. Hairi mencelikkan matanya. Dengan pantas dia bangun. Bilik itu masih gelap. Jam di tangan sudah pukul 10PM. Hairi baru tersedar akan janjinya dengan Nuriz. Tiba-tiba perasaan cemas Hairi akan temujanjinya dengan Nuriz ditambah dengan rasa seram. Dia sedar pada jam ini tiada lagi orang di pejabat...

...

Offline Abang Jem

  • Presiden UBNO, Presiden MyMesra MUFC, YDP Hizbul Buaya
  • Chancellor
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,874
  • Karma: +6293/-25
  • Gender: Male
  • The Noble Guy
    • My Facebook
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #12 on: October 17, 2008, 01:19:21 AM »
Jam menunjukkan pukul 7.50 pm, Nuriz telahpun sampai ke Restoran Eden di Bukit Bintang. Sikapnya Nurin memang begitu. Dia sentiasa akan datang awal dari masanya. Itulah Nurin yang dikenali sebagai "Miss On Time" di pejabatnya. Sambil memasuki ke dalam restoran, pelayan membawanya ke meja yang telah ditempah dua hari lebih awal itu. Lilin juga telah dipasang, menandakan ianya adalah untuk "Candle Light Dinner".

"Uff.. sungguh indah sekali malam ini", Nuriz mengomel bersendirian.

If it's a Malay problem, it's a national problem; If it's a Chinese problem, it's a racial problem; If it's an Indian problem, it's not a problem.

Offline bongsusasin

  • Mafia
  • Junior Members
  • *
  • Posts: 42
  • Karma: +43/-0
  • Gender: Male
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #13 on: November 27, 2008, 11:10:59 PM »
Memang indah, seindah bulan terang, apatah lagi dengan elegannya Nuriz memperagakan kebaya sulaman buatan tangan nyonya Melaka, cukup lip lap, umpama puteri kayangan jika dilihat dari tepi. Pulak mata yg memandang tidaklah berkelip adanya. Sehingga ada pengunjung yang terjatuh sudu dan garpu ketika menyuap makanan, ada yang terngange mulutya, ada yang terbeliak mata, ada yang terantuk sesama sendiri, bak kata cukup sunyi keadaan semasa itu. Cukup hening sehingga peluh yg menitik dari urat dahi menuruni pipi melepasi dagu terjatuh kelantai menerbitkan bunyi 'keting'. Semuanya pakej. 2+1+1 adanya. Nuriz sungguh ayu. Jika dibariskan Nuriz bersama jelitawan seluruh dunia mahu jatuh ketempat kedua terakhir gamaknya, yang terakhir tu wanita dari Senegal. Tapi takpe. Nuriz telah melakukan yang terbaik. Terbaik untuk seorang jejaka melayu terakhir bernama Hairi.

Offline GeNieInABotoL

  • Damen
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,904
  • Karma: +6991/-5
  • Gender: Female
  • Views towards life change, so do people
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #14 on: November 28, 2008, 12:03:54 AM »
Memang indah, seindah bulan terang, apatah lagi dengan elegannya Nuriz memperagakan kebaya sulaman buatan tangan nyonya Melaka, cukup lip lap, umpama puteri kayangan jika dilihat dari tepi. Pulak mata yg memandang tidaklah berkelip adanya. Sehingga ada pengunjung yang terjatuh sudu dan garpu ketika menyuap makanan, ada yang terngange mulutya, ada yang terbeliak mata, ada yang terantuk sesama sendiri, bak kata cukup sunyi keadaan semasa itu. Cukup hening sehingga peluh yg menitik dari urat dahi menuruni pipi melepasi dagu terjatuh kelantai menerbitkan bunyi 'keting'. Semuanya pakej. 2+1+1 adanya. Nuriz sungguh ayu. Jika dibariskan Nuriz bersama jelitawan seluruh dunia mahu jatuh ketempat kedua terakhir gamaknya, yang terakhir tu wanita dari Senegal. Tapi takpe. Nuriz telah melakukan yang terbaik. Terbaik untuk seorang jejaka melayu terakhir bernama Hairi.


 ;)) ;))
喜欢的还是喜欢,讨厌的还是讨厌。。。

Anda inginkan persembahan tarian daripada kumpulan zapin cilik dalam majlis perasmian, majlis hari jadi atau majlis perkahwinan?
Kami menyediakan perkhidmatan persembahan tarian zapin di kawasan sekitar JB dan Kota Tinggi sahaja. sila pm me jika berminat.

Offline GeNieInABotoL

  • Damen
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,904
  • Karma: +6991/-5
  • Gender: Female
  • Views towards life change, so do people
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #15 on: November 28, 2008, 12:14:16 AM »
Nuriz menguis-nguis napkin yang berada dalam genggamannya. Dia melihat jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 9 tepat. Lilin di atas meja ditiup. Sudah berkali-kali Nuriz cuba menghubungi lelaki itu melalui telefon bimbitnya, namun, tidak berjawab. Nuriz mula rasa kecewa dengan sikap Hairi. Kalau ye pun tak mahu berjumpa, janganlah buat temu janji palsu begini? Nuriz mengomel sendirian. Sudah sejam Nuriz menunggu, kesabarannya benar2 teruji. Nuriz terus mengambil keputusan untuk meninggalkan restoran itu. Matanya mula bergenang. Tak sangka, Hairi sama sahaja dengan lelaki-lelaki yang pernah ku kenal! Bentak Nuriz dalam hati.
喜欢的还是喜欢,讨厌的还是讨厌。。。

Anda inginkan persembahan tarian daripada kumpulan zapin cilik dalam majlis perasmian, majlis hari jadi atau majlis perkahwinan?
Kami menyediakan perkhidmatan persembahan tarian zapin di kawasan sekitar JB dan Kota Tinggi sahaja. sila pm me jika berminat.

Offline bongsusasin

  • Mafia
  • Junior Members
  • *
  • Posts: 42
  • Karma: +43/-0
  • Gender: Male
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #16 on: November 28, 2008, 01:50:25 AM »
3 panggilan dari Nuriz tidak terjawab di skrin handphone Hairi.  "Aduh silap-silap" Hairi mengeluh. "Kenapala aku tertidur..cehh bingai tul aku" Hairi mengutuki dirinya sendiri. Di maki-maki gangguan aneh yang menguis-nguis telinganya tadi. Dia sudah tidak peduli hantu, jembalang, setan atau apa pun, di dalam benaknya memikirkan bagaimana untuk menghadapi Nuriz. Beliau mengambil keputusan untuk menghubungi Nuriz. Keputusan tepat kata hatinya. Di dailnya no Nuriz sambil terkocoh-kocoh menuruni anak tangga dan mengharap keajaiban Nuriz masih berada di restoran tersebut. Ya, dalam perkenalan memang adil bagi insan yang tidak menepati janji. Belum pun panggilannya dapat mencecah syarikat telekomunikasi handphone Nuriz, handphone Hairi kehabisan bateri. Lagi satu keluhan panjang muntah dari mulut jejaka malaya ini. Hairi lelah, semput dan kecewa, namun lelaki sepertinya tidak patah semangat, Restoran Eden hanya lebih kurang 1000 meter dari pejabatnya. Langkahnya pantas bertukar menjadi larian,  Mengcungap-cungap anak muda ini, habis lencun bajunya. Peluh mencurah-curah terbit dari liang-liang roma, Tidak lagi Hairi peduli akan keadaan disekelilingnya. Baginya ada atau tidak Nuriz di Restoran Eden bukan penamat. Biar hatinya puas melihat sendiri samada Nuriz masih di sana. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

"Ahh tidak jauh lagi", dalam kesamaran kelihatan Restoran Eden, Hairi mempercepatkan lariannya. Hidungnya kembang kuncup menahan semput.  "Harap-harap dia ada" getus hatinya, beliau masih mengharapkan keajaiban yang belum tentu memihak pada dirinya.

« Last Edit: November 28, 2008, 01:54:36 AM by duda »

Offline mama_elin

  • Exco Pengaduan Am
  • EXCO
  • 3 Star Members
  • *
  • Posts: 4,110
  • Karma: +4151/-2
  • Gender: Female
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #17 on: November 29, 2008, 12:00:16 AM »
Sampai sahaja di restoran itu, Hairi terus berlari-lari anak menuju ke meja yang telah ditempahnya, tiba-tiba....

"pranggggggggggggggggggggg"

Hairi tersungkur jatuh terlanggar pelayan yang sedang membawa makanan untuk dihidang. Baju dan seluarnya penuh dengan makanan namun dia tetap bangun terus mara ke mejanya tanpa menghiraukan keadaannya serta pemandangan sekelilingnya.

Offline GeNieInABotoL

  • Damen
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,904
  • Karma: +6991/-5
  • Gender: Female
  • Views towards life change, so do people
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #18 on: November 29, 2008, 10:05:09 AM »
Hairi mengeluh. Nuriz sudah tiada. Pantas Hairi cuba mendail nombor Nuriz, namun yang kedengaran hanyalah suara rakaman operator menandakan nuriz telah mematikan telefon bimbitnya. Hairi dapat mengagak yang Nuriz sedang marah dengannya. Rasa bersalah terus menyelubungi diri Hairi. Hairi meninggalkan Restoran itu. Keringat yang membasahi bajunya tadi beransur kering.

Hairi melangkah perlahan menuju ke sebuah taman yang berhampiran dengan Restoran Eden itu. Jiwanya serabut. Langkahnya begitu lemah dan longlai. Keletihannya berlari tadi tidak dapat menebus kembali kesilapan yang telah dilakukan olehnya. Hairi melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi batu. Taman itu disirami cahaya rembulan yang samar tapi agak indah. Matanya merenung ke arah bulan, indah sungguh ciptaan Tuhan...Subhanallah. Inilah yang terdetik di dalam hati Hairi. Hairi tahu kini dia sudah melakukan satu kesilapan yang tidak disengajakan...tapi bagaimana hendak memberitahu Nuriz? Mungkin tunggu hatinya sejuk dulu.
喜欢的还是喜欢,讨厌的还是讨厌。。。

Anda inginkan persembahan tarian daripada kumpulan zapin cilik dalam majlis perasmian, majlis hari jadi atau majlis perkahwinan?
Kami menyediakan perkhidmatan persembahan tarian zapin di kawasan sekitar JB dan Kota Tinggi sahaja. sila pm me jika berminat.

Offline saLJu

  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 496
  • Karma: +578/-0
  • Gender: Female
  • kuzu kuzu
  • OS:
  • Windows Vista Windows Vista
  • Browser:
  • Microsoft Internet Explorer 8.0 Microsoft Internet Explorer 8.0
  • Referrals: 0
Re: sambung cerita ini....
« Reply #19 on: May 28, 2009, 08:17:33 PM »
Hairi merenung ke rumput..sambil dia menepis-nepis sisa-sisa makanan yang melekat di bajunya. Ada yang berwarna kemerah-merahan, ada yang kuning seperti gulai masak lemak dan macam-macam lagi.
Dicalit sedikit krim yang berwarna putih yang melekat di lengan kemejanya, lalu dimasukkan ke dalam mulut dan dirasanya.. "erm..sedap ni..macam ciskek jer".
Perut Hairi mula berkeroncong...Hatinya menjadi sayu dan hiba.."Mengapakah ini terjadi kepadaku??! Mengapa??!", hatinya meronta. :jiwang:
~O) I am a nobody in a land far, far away... ~O)