Author Topic: Karya ~ Puisi  (Read 4212 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline Che' Kuntum

  • ¢¾ Jurulatih Gimnastik Negara ¢¾
  • EXCO
  • 4 Star Members
  • *
  • Posts: 5,081
  • Karma: +4953/-2
  • Gender: Male
  • ❶ ❷ ❸ ❶ ❷
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #150 on: March 15, 2009, 02:39:09 PM »
Visi

Kala kotak itu bersinar... Aku memerhati dengan penuh teliti,

Ia bukan keajaiban,
Ia satu kemodenan,
Dulu ianya kehendak, kini ianya separa keperluan
I am like any other man. All I do is supply a demand.

Offline Che' Kuntum

  • ¢¾ Jurulatih Gimnastik Negara ¢¾
  • EXCO
  • 4 Star Members
  • *
  • Posts: 5,081
  • Karma: +4953/-2
  • Gender: Male
  • ❶ ❷ ❸ ❶ ❷
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #151 on: March 15, 2009, 02:39:57 PM »
(tiada tajuk)

Kalau bukan aku, pasti dia.
Kalau bukan dia, pasti mereka.
Kalau bukan mereka, pasti teman - teman mereka.
Kalau bukan teman - teman mereka, pasti ada pejuang tulen yang membela rakyat dari dizalimi.
I am like any other man. All I do is supply a demand.

Offline Che' Kuntum

  • ¢¾ Jurulatih Gimnastik Negara ¢¾
  • EXCO
  • 4 Star Members
  • *
  • Posts: 5,081
  • Karma: +4953/-2
  • Gender: Male
  • ❶ ❷ ❸ ❶ ❷
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #152 on: March 15, 2009, 02:40:58 PM »
Keramat 8 Mac

Hari ini 8 Mac 2009.
Tahun lalu 8 Mac 2008.
Keramat itu sudah setahun.
Keramat itu masih membara.
Keramat itu akan berterusan.
Keramat itu adalah...
"Dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat"
I am like any other man. All I do is supply a demand.

Offline Che' Kuntum

  • ¢¾ Jurulatih Gimnastik Negara ¢¾
  • EXCO
  • 4 Star Members
  • *
  • Posts: 5,081
  • Karma: +4953/-2
  • Gender: Male
  • ❶ ❷ ❸ ❶ ❷
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #153 on: March 15, 2009, 02:42:36 PM »
Mutiara Itu

Ku lihat cengkerang itu semakin dekat,
Tetapi semakin jauh,
Tangan menggapai - gapai,
Masih tak sampai,
Sinar mutiara di dalamnya berseri - seri,
Melambai - lambai aku untuk memilikinya,
Perjalanan yang ku pandang enteng,
Rupanya seribu liku menanti,
Aku akan terus berusaha,
Untuk mutiara itu menjadi milikku.
I am like any other man. All I do is supply a demand.

Offline Cik_Konah

  • Damen
  • Gold Members
  • *
  • Posts: 10,842
  • Karma: +9849/-157
  • Gender: Female
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #154 on: March 21, 2009, 12:45:01 PM »
syukur..
pada detik ini keringat masih mengalir
pada tika ini nafas masihi menghela
pada saat ini nadi masih berdegup

syukur..
masih lagi terasa masin, manis dan masam
masih lagi berbuku gembira,marah dan sedih
masih terpahat memori, rutin dan harapan

syukur..
dalam keringat ada kudrat
dalam nafas ada keimanan
dalam nadi ada roh
dalam rasa ada emosi


// 1-2 minit punya puisi.. lama gak..hmmpphh
« Last Edit: March 21, 2009, 12:47:06 PM by arwenia »

Offline Che' Kuntum

  • ¢¾ Jurulatih Gimnastik Negara ¢¾
  • EXCO
  • 4 Star Members
  • *
  • Posts: 5,081
  • Karma: +4953/-2
  • Gender: Male
  • ❶ ❷ ❸ ❶ ❷
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #155 on: March 21, 2009, 02:08:46 PM »
Aku Tiada

Kalau dia yang datang,
Katakan aku keluar mencari rezeki,
Biarpun hanya di dalam mimpi.
Biarkan aku jelajahi,
Setiap pelusuk demi mulut itu,
Biarkan ia menilai sedari awal,
Jangan menyesal di akhir kelak.
I am like any other man. All I do is supply a demand.

Offline Dai-

  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 442
  • Karma: +400/-1
  • Gender: Male
  • I Am The Stool Pundit
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.4 Firefox 3.0.4
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #156 on: July 31, 2009, 05:59:31 PM »
Cinta Dalam Hati...

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga hujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
`tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...

Offline Cik_Konah

  • Damen
  • Gold Members
  • *
  • Posts: 10,842
  • Karma: +9849/-157
  • Gender: Female
  • OS:
  • Windows 7 Windows 7
  • Browser:
  • Chrome 2.0.172.43 Chrome 2.0.172.43
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #157 on: November 03, 2009, 09:40:00 AM »
lagi-lagi stok puisi cermin


Cermin
Akulah sang pendusta
yang ditempelak oleh mu
Akulah yang gagal menafikan
hakikat kebenaran di balik tirai suratan..

Cermin..

Jika kau mampu bersuara..
Marahkah engkau dengan kalpaan ku?
Kejikah raut ku di matamu..
Bodohkah aku yang berterusan memandangmu
Dengan satu pandangan kosong dihujani beribu persoalan?

Wahai cermin di ruang itu..

Menghakimi ku tak perlu seluruh bayangan
Dari raut wajah dapat kau menjatuhkan aku..
Bahwa aku perlu didakwa..atas kekhilafan yang kunjung tiba
Berterusan aku membiarkan..
Sedang Sang Pencipta menggesa ku bangkit..
Menggalas amanat deklarasi untukku..

Kau cermin,
Refleksi perilaku yang sinonim..
Terus ku katakan jika kau mampu bersuara...
Tentu kau akan menyambut huluranku..
Dan merobes ruang sempitku..
Membakar kotak-kotak yang menidak di benak..
Melenyapkan suara-suara munafik.
Untuk terus ke mercu harapanku..

Offline Cik_Konah

  • Damen
  • Gold Members
  • *
  • Posts: 10,842
  • Karma: +9849/-157
  • Gender: Female
  • OS:
  • Windows 7 Windows 7
  • Browser:
  • Chrome 2.0.172.43 Chrome 2.0.172.43
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #158 on: November 03, 2009, 09:40:41 AM »
Pemuisi itu Aku
Aku.....
Duduk termangu di daerah itu
Menyaksikan manusia ketawa riang
Dikelilingi teriakan si kecil..
Yang sekali sekala memecah suasana..
Merengek-rengek minta belaian..
Sesekali terpalit rasa rinduku

Aku...
Terlambat kerana mempertahankan hidup
yang ternyata tidak kutemukan kehidupan
seperti yang ku dambakan

Kepedihan masa itu
Beraneka ragam corak dan macamnya
dan memang zaman itu mempunyai kegembiraan
dan kesedihannya sendiri
Dunia ini
tidak pernah membiarkan seseorang hidup kekal
dan tidak pula membiarkannya dalam suatu keadaan yang bererti

Apalah sangat luka ini padaku..
Sama sekali tidak menyakitkan..
Jika memang membuatku redha

Sesungguhnya hari-hari kelabu yang datang
menyerang tanpa alasan.
Kedatangannya
mengandung kelembutan dari Maha Pencipta
sebagai petanda akan datangnya jalan keluar
dari kesulitan
dari sempit menjadi luas
dari kusut menjadi lurus
dari susah menjadi senang

Maka khabarkan lah kepada aku
Kuatkanlah bisikan hati
Agar dapat kuhunus tusukan yang menggila
Dengan iman hamba padaNya

Offline Che' Kuntum

  • ¢¾ Jurulatih Gimnastik Negara ¢¾
  • EXCO
  • 4 Star Members
  • *
  • Posts: 5,081
  • Karma: +4953/-2
  • Gender: Male
  • ❶ ❷ ❸ ❶ ❷
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.15 Firefox 3.0.15
  • Referrals: 0
Re: Karya ~ Puisi
« Reply #159 on: November 03, 2009, 10:08:57 AM »
lama dah tak singgah sini..  :D

lama jugak puisi aku yg ditulis dlm blog belum tepek kat sini..
I am like any other man. All I do is supply a demand.