Author Topic: *L0vElle' of kyRA*  (Read 686 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • Referrals: 0
*L0vElle' of kyRA*
« on: November 30, 2008, 01:37:03 PM »
Chapter 1 - [01-05-05] Permulaan Cinta


-01/05/2005
-10.10pm..
-Salah satu cybercafe Taman Cempaka, Ipoh.

"...di dekat engkau..aku tenang..sendu matamu penuh tanya, misteri hidup akan kah menghilang, dan bahagia di akhir cerita...." hmm...melly ngan krisdayanti. Ost filem Tentang Dia salah satu lagi produk keluaran Indonesia arahan Rudy Soedjarwo. Sedih jer cerita tu...sekali tuan kedai ni plak buka. Sayu jer dengar sebutir-butir lirik dalam lagu ni..terutama orang-orang yang terdesak macam aku ni. Tapi tak la teruk sangat..cuma kekadang percubaan pertama tu tak semestinya tepat dengan jayanya. Macam pemain bola sepak la, cubaan pertama tak semestinya dapat terus jaring gol. Cuma pasni dah nak kerja..minggu depan sudah minggu final..kalau takder jugak tersangkut2x maunya duda sepanjang hayat. Argghhh...ayat yang sungguh menggerunkan buat lelaki berumur 20an untuk menerima hakikat bakal duda sepanjang hayat. Dah lama tak layan MIRC. Sejak tekan-tekan butang untuk buat assigment ni..btw sekali sekala tak salah jugak. BATTOSAI-nickname tetap aku...nak mula dari mana yer. UKM pun orait gak la.. Hmmm...sorang jer pompuan yang dikenal pasti. Internat ni bukan boley percaya 100%, nickname kekadang ladycanggih la, robotgirl la...tapi kalau dah nama ZURA tu mesti la pompuan. Takkan Mohd Zura kot.. he..he.. Oppss..lupa pulak nak emel lagu cinta ni kat acik. Kang mengamuk lak. "Browse....cinta..upload..browse...tentang dia..upload".. Slow pulak malam ni. Selalu cc ni ok. Eh..back to cik zura. Diam jer..Sorang pun takder ker yang berjaya dipancing ni..ape kes. Menjatuhkan maruah "jOWN tucker" ni. Takder rezeki kot. Takper la..pas send lagu ni tros balik la..

Zaman aku kecik2 mana adew kotak ni lagi. Mesin taip jer. Tapi sekarang senang. Macam buta IT plak bila umur dah form 5 baru kenal internet. Tapi..belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Ni la dikatakan dunia di hujung jari. Nak ape..klik jer. Nak buat bayaran CIMB cliks, mayban2u. Senang jer. Tak payah terketar2 lutut berbaris di pejabat pos. Dah macam pelarian beratur nak ambil makanan dah jadik nyer.. Canggih dan cepat masa berlalu..teknologi demi teknologi tercipta.. dari surat,tel,emel,sms. Macam-macam kelengkapan duniawi untuk kesenangan dan kemudahan manusia sejagat di perkenalkan. Ok..dah nak balik dah. Send kejap..mata ni pun terpanggil-panggil untuk pulang..

nzura : Hai
BATTOSAI : Hai, sorry la. saya dah nak balik. awak nak lagu cinta?
nzura :Cinta?..Ost tentang dia? Mana awak dapat? Kan baru tayang?
BATTOSAI :Ala adew la dapat yang pirate. Jap yer saya hantarkan..
nzura :Tak nyusahkan ker?
BATTOSAI : Tak pe,saya tengah send untuk abang. Kang saya fowardkan sekali.
nzura : Yeay...tq yer.
BATTOSAI : Ok.


Ala, dah nak balik baru nak menyangkut sorang. Argghh...balik la. Ngantuk dah ni..Cik Zura?? Hmm...tak rugi kalau try dari menduda sepanjang hayat. Hmmm....ok. Lets do it jown tucker..

BATTOSAI : Ok,dah send. Dah dapat?
nzura : Takder pon..eh adew2. Jap yer saya bukakan.
BATTOSAI : Bagus la kalau dah dapat. Takper la. Awak download la dulu. saya dah nak balik.
nzura : Ala..baru jer nak kenal. Ok la..terima kasih yer.
BATTOSAI : Sama-sama. Kalau nak chat ngan saya..tengok jer nick name ni.
nzura : Hmm..ok la macam tu. Bye.
BATTOSAI : Bye. Kalau tak dapat download bagitau yer. Saya send balik. 012-57XXXXX (tidak dpt di siarkan, atas dasar2 tertentu.. hehe..)
nzura : Ok..emm..nama aper?
BATTOSAI : Panggil jer "OWN". Bye.
nzura : Bye
.

He..he...ayat jer tu. taktik nak tinggalkan no telefon kat seseorang. Takkan nak cakap"cik nak no telefon saya tak" kalau mawi af ok gak. Bukan poyo..tapi dinamakan strategi. Mana tahu.. kan dijadikan perempuan itu dari tulang rusuk lelaki paling bawah sekali. Kekadang fikir jugak kenapa di situ? Bukan dari tulang tangan untuk menggenggam..bukan di kepala, kaki atau lain2. Itu la kebesaran ciptaan Dia. Sesungguhnya kelemahan yang diberikan untuk pemilik tulang tersebut menjaganya..di rusuk supaya sentiasa dekat di hati. Teringat kata ustaz suatu masa dulu di sekolah menegah. "Isteri yang kita ada sekarang ni..dan bakal ada kemudian hari..kita kena jaga dengan baik. Kerana itu lah tulang rusuk kiri kita sebenar". Itu lah hukum alam..tiap yang diambil ataupun dipinjam pasti akan kembali di sisi pemilik nya. Seperti mana tulang tersebut pulang kesisi pemiliknya...begitu juga suatu hari nanti kita akan kembalik ke pemilik anggota fizikal dan rohani ini. huh..macam ustaz plak ayat ni. Sempat aku berseloroh ngan penyampain ustaz. "Jadi kalau waktu di patahkan tulang tersebut, tulang terpatah 4? sebab tu la kot yang adew kawen 4?".. "Kamu punya patah berapa Lail? 3 ke 4?" tanya ustaz. Tak terpatah kot..ha..ha... Tak terfikir lagi aku kawen lebih dari satu.

-11.30 pm di hari yang sama tetapi lokasi yang berlainan.

"Truutttt..truutttt"

Saper yang kacau plak ni?? Emm...mesej. Nombor baru? Saper la dah tidor2 ni.

"Sorry menggangu awak. Lagu tu saya dah dapat. Tapi lagu cinta jer..tentang dia tak boley plak buka. Anyway,thanks la yer. Suke sangat. Goodnite-ZURA"


Hmm...macam mengena jer taktik kali ni..huh..ngantuk. Apa-apa hal pon tidor la dulu. Esok la hantar balik lagu tentang dia. Tu pun kalau rajin dan masih berniat dengan harapan pada Cik Zura..Lagu cinta jer ker yang acik dapat..Huagghh..Astaghfirullah..

"CINTA"

Kenapa lagu cinta? Bukan tentang dia? Ni ker dikatakan jodoh? Petunjuk ker ni? Menjadi ker kali ni? Hishh...takkan kot. Emmm...tapi tak mustahil kalau nak terjadi dan bakal terjadi..dan pernah terjadi... Tapi takkan cinta cyber?? CINTA CYBER?? CINTA? layan lagu cinta dulu sebelum tidor..kot terangau2 kali ni.

"Cinta..tegarkan hati ku......................ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz".....
« Last Edit: November 30, 2008, 01:46:10 PM by own nasri »

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • Referrals: 0
*L0vElle' of kyRA*
« Reply #1 on: November 30, 2008, 01:55:04 PM »
Chapter 2 - Pengganti?


"Kringgggggggggggggggggggggggggg........."


Alhamdulillah......

"Dah 5.30 pagi ?". Huargghhhh....hmm. Teringat masa kecil-kecil dulu waktu lampu dunia siang sudah menyala, terdengar suara "own..bangun. sekolah". Suara yang tak mungkin aku nak lupa..tak mungkin aku abaikan. Suara mak pagi-pagi dah kejut bangun. Kalau mak tak lepas pi, abah balik subuh pulak kejut. Ingat masa mula-mula ada bilik sendiri..masa tu darjah 5. Aku lekat poster ketuk pintu kat luar. Terdengar suara abah bercakap.."Ketuk pintu sebelum masuk". He..he..abah baca poster tu. Abah memang kelakar sikit...tapi tegas. Macam mak..garang yang penuh kasih sayang. Dulu ader terfikir gak derang ni bekas askar ker? tapi tak la. Kerja bendang jer atau dalam bahasa pekannya "pesawah". Dah siap bangun, mandi, subuh, siap2..mak akan sikatkan rambut sekali taruk minyak rambul "Taj Mahal". Ntah la sekarang adew lagi ker tak. Berkilat jer rambut ni..sehelai pun tak terpacak. Mak cakap paling teruk Abang Ngah. Kalau terpacak jer rambut...dia akan buat sampai tak terpacak. Ha..ha... dah tu siap ngan breakfast atas meja. Ruji aku dari darjah satu sampai darjah enam..maggie cintan goreng+milo suam secawan. 6 tahun aku makan maggie tanpa luruh2 rambut!!!.

Family aku ni bukan kategori senang..susah pun tak. Adew la cukup makan.. Adew waktu tak cukup...kita orang hidup secara yang mampu cukup. Aku anak last..bila dah seorang abang dan seorang kakak masuk u, seorang masuk akademi, seorang masuk SMAP Kajang..mesti banyak nak pakai duit. Aku tahu benda tu bila abah dah belikan sardin saja untuk makan seharian. Sardin tu mak akan gaul dalam pinggan sebab kalau aku ambil sendiri mesti banyak jer lauk. Sardin kecik tu mana banyak sangat untuk makan bertiga sehari. Aku paham..dengan duit 30 sen sehari aku kena bawa baki maggie pagi tadi untuk rehat sekolah. Pernah sekali tu aku dengar mak cakap dia ader 50 sen ajer. Mungkin mak tak sedar aku dengar.. Tapi itu la kuasa makayah...biarpun baju yang dipakai koyak dan busuk, tapi untuk anak-anak kena baru dan wangi. Biar derang tak cukup makan..tapi anak2 bertambah besar. Biar derang penat basah di bendang tapi anak2 dia berkipas di dalam kelas.. Besar sungguh kuasa mereka..itu la kekadang sedih bila tengok ader anak2 yang mula lupakan keluarga..biarlah jasad kita jauh, tapi di hati tidak... Nak menangis pula bila teringat derang masa aku kecik2. Alhamdullah la sejak abang ngan kakak dah kerja...semua dah berubah. Memang Dia tak pernah tidor untuk dengar luahan hati hamba2Nya.. Dia tahu apa yang kami nak...apa yang kami harapkan.

"Allahhuakhbar...Allahhuakhbar..........."

Dah subuh dah pun. Rutin harian aku di Politeknik Ungku Omar ni dah lain dari masa lampau. Dah takda yang kejot bangunkan...takder.. Kadang-kadang dengar juga kawan2 bilik kat sebelah, girlfrend kejutkan. Seronok la jugak... Aku? Bangun 5.15 atau 5.30 pagi tiap-tiap hari, mandi, solat, baca al-Quran, study sampai waktu untuk ke kelas. Sekarang ni seronok sikit. Sejak adew VS 125 kesayangan..boleh la releks sikit pegi kelas. Kalau tak, jalan kaki...mau terlambat? Aku bukan jenis ulat buku..tapi ini yang terakhir. Aku dah cakap kat mak..ni yang terakhir. Dah malas nak baca buku2 ni. Ntah macam mana aku jadi malas sangat bila habis SPM. Mungkin sebab kerja masa tu..umur 18 dapat duit RM 450 sebulan, mewah tu. Tapi untuk umur macam tu jer la. Dah besar nanti?? So, mak setuju dengan kehendak aku. Sebabkan untuk kali terakhir..aku janji nak buat terbaik. Tapi betul kata pakar2 motivasi. Study pagi2 ni banyak input nyer. Yer la bangun2..pintu rezeki baru dibuka..dicampur pulak ilmu beserta dosa belum tercatit..tentu la senang masuk. Mungkin cara aku study macam tu kot? Tapi malam jam 10 dah shut down. Mesti sejuk air pagi ni. Semalaman hujan.

"Ya Allah..ampunkan dosaaku, Kau permudahkan hidup aku, Kau tunaikan impian aku ya Allah, Kau tunaikan impian aku ya Allah, Kau tunaikan impian aku ya Alah.......dan berilah aku pasangan yang dapat membaiki kelemahan aku...........amin"

Amin...sama jer doa aku tiap2 waktu. Harap2 Dia tak bosan dengar bisikan hati kecil aku hamba-Nya. Study...study...tabiat aku yang tak boleh di ubah dengar radio. Study mesti sambil dengar radio. Ntah la....senang plak masuk. Bila dah akhir semester ni, terasa nikmat pulak nak belajar. Macam seronok pula. Tapi tak mungkin kot untuk aku sambung lagi. Minggu depan dah mula final,aku releks jer dengan rutin harian aku. Kawan-kawan lain dah macam tak betul jer tidor. Tetiba aku rasa macam tak cukup pula input2 aku. Tapi rasa macam dah ready. Macam jer la... Warden aku selalu pesan. Antara benda paling aku suka jadikan inspirasi. Cikgu Ismail.

"Hidup ni kalau dok kalau-kalau sampai bila pun tak menjadi. Orang bendang (pesawah) kalau dok dengan kalau-kalau sampai bila pun tak turun bendang. Keluar rumah saja tengok langit gelap sikit saja, dalam hati dah kalau la hujan..kalau la hujan. Tak pi la bendang"

"Orang bendang"...dia mungkin tujukan macam tu sebab majoriti penduduk tegar asrama masa aku di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang berlatar belakangkan ayah pesawah. Dulu aku tak pernah ambil peduli dengan "statement" ntah aper2 tu. Tapi bila aku dah mula paham, aku suka ayat tu. Dia bukan saja-saja tujukan orang bendang, tapi orang kerja bendang ni dah memang basah dengan air bendang. Jadi kenapa takut dengan basah hujan...sebab kalau tak hujan pun dah memang basah. Emm...paham ker??!!. Betul kan? So apa-apa pun buat dahulu. Kerja yang terlalu banyak alasan ni sebenarkan akan menyusahkan. Last2 satu kerja pun tak jadi. Buat dahulu...kalau ada aral yang melintang atau tak menjadi, kita akan dapat belajar kenapa benda tu tak menjadi dan faktor yang mendorongnya terjadi.. Menarikkan? Jadi...memang betul kata dia.. Lebih baik buat dari duduk di tepi melihat orang lain tertewas. Lebih baik dikalahkan dari mengalah. Dia dah janji dalam al-Quran. Tiap-tiap usaha, Dia akan nilai untuk diberikan kejayaan kelak.


"Menatap jalan yang menjauh..
Tentukan arah yang ku mau...
Tempatkan aku pada satu..
Peristiwa yang membuat hati lara..."

Hmmm...lagu best plak pagi-pagi ni. Kena tengok la cerita dia. Harap2 best. Aku bukan pernah pergi wayang, semua tengok vcd jer. Bukan tak nak pergi, tapi macam menghabiskan duit dan masa jer.

"Cinta tegarkan hatiku..
Tak mau sesuatu merenggut engkau..
Naluriku berkata...Tak ingin terulang lagi..Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa.."


Cinta? emm..teringat kat cik Zura plak. Dah bangun ker tidor? Hmm...aper yang dia buat sekarang? mesti tengah dengar lagu cinta kat UKM sana gak. Hikzz (harap-harap la). Nak ker hantar mesej kat dia? Boley ker? Kang isteri orang? Kalau awek orang? Tapi seorang kawan boleh kot.. Tapi dia ader ker niat macam aku? Nak ker dia mesej aku? Jangan kalau-kalau... Buat dulu baru terima apa yang seterusnya. Nak ker jadi duda sepanjang hayat? Seram macam mati jadi hantu je...heeeeeeeeeeeee....... ok..nekad hantar mesej.

"akum..dah bangun tdo ker"

send..

errr.....

emmm....

cancel la..


Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • Referrals: 0
*L0vElle' of kyRA*
« Reply #2 on: December 01, 2008, 08:07:21 PM »
Chapter 3 - Permulaan Hidup

“Abang kena posting ker Subang”

“Dah confirm ker, kang jadi macam dulu kata kena pindah ker Labuan. Tapi at the last tak jadi pulak.”

“Dah confirm, nama pun dah keluar. Tunggu masa jer dalam dua tiga bulan ni”

“Bagus la”

“Hang dah cari kerja? Cadang kerja mana?”

“Dah dapat 1st day final hari tu. Tapi nak urgent. So tolak dulu. Ni balik seminggu kenduri. Nanti balik Ipoh cari pulak”

“Ok la”

“Ingat nak kerja kat supermarket dulu, Jusco ker mc-D ker. Tengok la nanti”

“Ipoh ok la. Dekat sikit ngan makabah”

Actually memang planning aku nak kerja Ipoh. Kos hidup murah sikit. Tapi ntah la..dah jadi macam ni pun susah. Aku ni jenis golongan mamalia dunia yang paling tak suka segala perancangan tak berjalan seadanya. Bukan sombong. Kita belum layak untuk bersombong..sebab Dia lebih layak jika mengkehendakinya, tapi cuma adat resam kehidupan. Tak mungkin “pemain bola menendang kearah gol tanpa apa-apa target”. Paling tak..cuma sasaran jer yang tersasar dan ianya perlu di hadapi dengan syukur. Macam tu juga aku…apa-apa pun aku kena terima jugak dan aku kena hadapi yang aku kena tukar perancangan untuk kerja dekat-dekat sini? Tapi mana? Pulau Pinang atau Kedah atau bumi bijih timah ni? Tengok pada peluang..lebih kepada Pulau Pinang.

Itu la kudrat kita manusia yang lemah ni kan? Selayaknya tak ada satu pun manusia dalam dunia ni boleh berbangga. Jika bangga sombong itu dijawab oleh al-Qudus tentu tak termampu lidah berkata..langsung kelu. Perlu ker kita bersombong sedangkan kita berhutang oksigen pada-Nya, perlu ker kita bersombong diri sedangkan kita berhutang masa dengan-Nya. Itu baru sedikit. Tapi sedarkah kita....cukupkah kita..segala sewa-sewa yang dibayar pada-Nya itu adakah mencukupi? Kekadang ada juga insan yang cukup ilmunya..petah kata-katanya berkata.”semua amalan harian dah dibuat, cukup pada rukun yang 5 dan 6 nya. Jadi apa yang kurang lagi?” He..he..kelakar juga bila dengar jawapan macam tu. Tapi masalahnya “Cukup ker??”. Cukup ke seharian kita melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya untuk membayar segala hutang? Cukup ker puasa sebulan? Cukup ker zakat yang dikeluarkan? Hutang rumah ngan kereta pun tergagap-gagap nak bayar…ini kan hutang Dia. Hish…aku ni dah macam ustaz pula. He..he.. bukan nak kata baik sangat, cuma tahu la sikit-sikit sebab dah dilahirkan dalam keluarga berlatar belakangkan agama..Takotkan…ishk. Baik zuhur dulu, kang cakap jer pandai.


Lokasi : Bagan Tiang
Tahun : 2005

Dari seminggu jer nak rehat, dah tak tau jadi berapa. Barang still kat Ipoh lagi. Pening la. Tapi esok macamana pun dah kena start cari kerja. Duit kat bank tinggal Rm120 jer. Tak boley la, sebelum ni abang lang yang duduk dekat boley balik tengok mak. Dia memang rapat ngan mak. Anak dia dua orang pun kahir sini. Nanti anak dia dah sekolah, nak minta duduk kampung la. Dapat teman makabah kat kampung. Kak Long, abang ngah, abang lang ngan abang cik semua dah kerja kat “KL”, so aku kena bekorban juga. At least penang tu ok la. Dekat la sikit, anything happen pun aku dapat sampai dulu. Bukan aper umur derang pun dah 69 ngan 64. Orang selalu cakap dah sampai fasa umur subsidi. Sedih juga. Doa aku paling selalu..

“Ya Allah, Kau panjangkan umur ibubapaku…setidak-tidaknya anak sulungku dapat melihat dan mengenal tokwan dan toknya….”

He..he..anak? Makwe pun takde dah, nak berangan anak pulak. Kekadang selalu jugak fikir susah sangat ker nak dapat sorang awek? Kenen-kenenkan orang pandai plak. Susah sangat jer nak jaga awek? Jaga scooter pandai jer. Sukar sangat ker nak menjaga hati orang yang disayangi? Tapi pandai plak jawab soalan matematik. Hmm…bila dah adew yang teringin di hati… "taste” plak tak kena. Dah bertudung..tak pandai masak plak, dah pandai masak tak bertudung plak. Susah sangat ker cari pompuan yang macam tu. Yang pakai tudung, dan tahu masak…dan yang dapat mengisi 2 kelemahan duniawi aku ni? Bagi aku rupa paras dan beharta itu cuma bonus untuk seorang lelaki jer, walaupun nabi menuntut kekayaan dan rupa dalam mencari pilihan.

Adew cakap ngan mak kalau dah umur 28 tak dapat sorang pun calon, suruh kakak cari jer la kat sekolah dia.. Macam susah jerkan? Tapi tengok dekat luar tu senang jer dapat sorang dua..siap adew “spare part”. Isk…dah melalut jer angan-angan ni. Dari masalah kerja sampai terkeluar topik plak. Bukan aper..aku suka gak bab pompuan ni. Kekadang tersenyum jer sorang2x. Time belajar dulu asyik tengok org pinjam motor jer keluar ngan awek. Hujung minggu boley la tahan, ni selang semalam jer. Pastu kalau demam adew jer yang belikan ubat ngan makanan. Subuh ader orang kejutkan, balik ada orang ucap hati-hati.. jeles gak. Pompuan lagi..oppss..stop pasal pompuan. Pikir pasal kerja pula.

“Treett…trettt…trettt….”

“Acu..telepon”.anak sedara aku

Hmm…mesej jer.

“Macammana kenduri? Mesti awak penatkan? Zu kat kolej ni. Saja jer mesej own. Next week balik kampung cuti sem”

Owh..zu ker. Atau lebih di kenali sebagai Cik Zura kita. Sebenarnya kitaorang dah mula mesej-mesej dalam seminggu ni. Sejak kes lagu “cinta” tu. He..he..kantoi plak.

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • Referrals: 0
*L0vElle' of kyRA*
« Reply #3 on: December 07, 2008, 08:47:50 AM »
Chapter 4 - zu...???

"Ok la, kenduri kecik jer zu. Doa selamat jer. Kaki jatuh kena kejar anjing dah ok?"

"He..he...hampeh ngungkit. Ok dah. Lebam sikit"

"Tu la, lain kali hati-hati balik kelas tu"

"Yer la. Nanti zu mesej lagi yer. Ada kerja sikit. Bye"

"Ok, bye"

Takder permulaan yang menarik lagi dalam seminggu dua ni. Kita orang just mesej-mesej tanya khabar jer. Bukan selalu. Alew kenal internet ni bukan boleh percaya sangat. Kalau boleh tanam tebu di tepi bibir tu mesti dah tanam la. Buat kawan tu boley lebih-lebih takde la. Tapi Wardina dulu pun kenal suami dia kat internet juga. Masih bahagia lagi..dan semoga hingga ke anak cicit yer kak Wardina. Dia antara ikon wanita sama ada artis atau tak yang aku kagumi dekat Malaysia ni. Reformasi yang dilakukan di kala semua artis terdedah-dedah dengan bangganya..muncul pula tudung Wardina. Besar sungguh ikonnya..besar sungguh perubahannya.. besar sungguh impaknya. Sampai aku pun terasa auranya. Pantang jer nampak perempuan bertudung ala wardina. He..he.. lelaki mana tak ada keinginan pada kaum yang satu lagi. Tapi tengok muka jer. Sebenarnya aku ni bukan jenis yang suka usher pompuan sebenarnya...tapi kalau bertudung tu jer kekadang suka tengok. Tapi awek sampai sekarang takder lagi..err..bukan takder. Tapi tak kekal. 6 bulan jer. Ntah la..tak best pula bila ber"couple" ni. Macam diperhati jer sepanjang masa. Ker aku ni jenis tak berperasaan. Masa sekolah dulu adew yang cakap aku tak berperasaan. Wuihhh...aku lelaki sejati lagi.

"zu"

Nama penuh dia Nur Azura Binti Kamaros, orang nogeri. Itu jer la yang aku tahu dalam seminggu ni, selain dia belajar di UKM. Pakwe?...ntah aku tak try tanya lagi. Budak pandai masuk universiti selalunya dah adew la. Lain la aku ni. Poli jer di tahap diploma pula tu. Biar la dulu. Ada ruang nanti baru try tanya. Takot gak kang di serang pakwe dia? pernah jadi kat aku tu. Tapi buat apa takut pada bayang-bayang sendiri. Kita yang ada hati dan perasaan..bukan bayang-bayang. Kalau diri tu dah rasa betul..teruskan jer. Kebenaran akan teserlah biar pun lambat. Balik kat cik zu ni. Aku panggil dia zu. Mula-mula dia cakap takder saper pernah panggil dia macam tu. Semua panggil zura. So biar aku jer yang panggil..lagi senangkan? Itu jer la yang aku dapat sepanjang detik bersama cik azura. Eh..zu. Tetiba teringat lagu Azura nyanyian Jamal Abdillah. Pergghhh...aku minat giler Jamal. Suara jantan dia power. Habiskan kerja dulu, kang mandi. Malam karang kot nak layan mesej cik zu pula. Hikz...senyum sorang-sorang plak aku. Senyum ada makna tu..senyum dengan harapan tu...dari duda sepanjang hayat. Heeeeeeee....


Waktu : 7.31 am ( ketika maghrib )
Lokasi : Surau PArit 310

"Allahuakhbar Allahuakhbar.."

"Laaaaaaaaailahaillallahhhhhhhhhhhh"

Huh...macam dulu jugak surau ni. Masih menjadi tumpuan orang kampung. Biar pun dah nampak lama, tapi terurus. Teringat dulu masa sekolah rendah, aku, Eddy, Kamal ngan Ali silih ganti azan maghrib kat sini. Masa pertama kali aku azan, derang kacau aku buat muka-muka kat depan "microphone" sampai aku tergelak-gelak. Time tengah azan tu boleh tergelak-gelak. Ha..ha..bising orang tua-tua kat bawah. Nasib abah tak der. Malu gila aku time tu. Macam nak terus balik jer. Tapi padan muka aku gak. Sebelum tu aku yang selalu buat kat derang. Malu...malu.. Abah imam surau ni..jadi kebetulan aku jadi rajin juga la datang surau ni, walaupun pada awalnya penat kena bebel. Tapi bila selalu datang tu..rasa seronok jer. Kat Ipoh dulu pun solat kat surau, tapi suasana berbeza. Dah lama tak jumpa "kawan". Dulu surau ni la tempat kami bermain pas maghrib. Dah besar sikit jadi tempat berhimpun sebelum menjalankan apa-apa aktiviti. Sekarang..tinggal Man jer. Member baik aku kat kampung. Hah..baru cakap.

"Ownnn....bila balik?"

"Dah 3 hari dah. Awat hang tak mai kenduri tadi? Rugi lauk tak habis"

"Kurang hajaq hang. Ingat aku lahap sangat. Aku kerja"

Man Belut (sebab kepakaran menangkap belut) bukan besar pon. Kurus jer. Tapi selera makan macam ada dua perut je.

"Malam ni apa planning?"

"Jom pekena ko teaw udang lipan. Hassif balik. Ajak depa sekali Lan ngan Sham. Ada berannn?"

"Boleh. Hang ambik aku pas maghrib"

"Alah lepas ni terus pi rumah hang la. Hang telepon depa. Tak payah menyemat la. Bukan ada awek pon. Kalau ada pon, aku yang dapat."

"Okkkkk"

Kesian juga bila dia seorang jer yang tinggal lagi kat kampung. Tapi bagus pun ada juga. Balik kampung tau la nak cari sapa. Dulu aku dah ambilkan borang apply politeknik, tak nak hantar. Tapi kekadang orang macam derang ni suatu hari nanti akan majukan kampung. Biar la. Bak kata peribahasa cina. "Lu punya nasib lu makan, olang punya nasib olang makan". Betul tu. Buat apa nak kacau rezeki orang. Dengki ngan orang tak tentu pasal pun buat apa? Itu la kelemahan "orang kita" bila nak berniaga. Tengok orang untung sikit, dah dengki. Cuba fikir kenapa orang tu untung? kenapa bukan kita? cari kelemahan dan atasi. Bukan kenal pasti kelemahan untuk melemahkan orang lain. Tu bukan caranya. Kalau sampai bila-bila pun masih tak sedar benda ni, Tak mustahil suatu hari nanti terdapat kasta dalam hearaki rakyat Malaysia nanti.

"Allahuakhbar Allahhuakhbar....ashhadualla ilahaillallah......"

"Dan qamat tu, jom sembahyang. Kang nak pekena ko teaw plak"

"Jom"

Eh....kang cik zu nak mesej nanti? Dia tak cakap pun nak mesej pukul berapa. Tak pe la. Kang dia mesej layan jer la...Astaghfirullahhhh...nak jumpa Dia pun ingat duniawi. Ampukan aku Ya Allah.

"Allahuakhabar"

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • Referrals: 0
*L0vElle' of kyRA*
« Reply #4 on: December 07, 2008, 08:50:16 AM »
Chapter 5 - seksaan sebuah penantian


"Ko teaw udang lipan satu ngan milo ais"

Fuhh...lama tak pekena makan sini @ man toya (nama kedai makan ni). Sedappp..... Lan ngan Sham sekarang dah joint TLDM. Ha..ha...bagusnya. Dulu jadi pelakon kejap, cerita "Good Morning Teachear" kat tv 3. Hassif joint kedai abah dia buat roti canai kat Shah Alam. Dulu bapa dia buka kat kampung. Ntah naper tetiba pindah Shah Alam. Kat kampung pun laku. Mungkin ubah angin kota pulak kot. Semua dah buka calang-calang sekarang. Itu la kehidupan macam roda basikal..ada kala kita di atas dan ada kala kita dibawah. Terkena satu paku, habis semua tayar kempis. Macam tu juga kawan. Bila kawan-kawan berjaya..lain-lain dapat juga merasa. Bila ada yang susah..ada lagi yang menampung sesama. Tapi kawan macam ni dah kurang hidup kat dunia ni. Dah macam makin pupus jer. Kawan yang sanjung, yang puji melambung sampai ke puncak Everest ramai la. Tapi bila senang jer la. Bila susah???? Sendiri mau ingat la..

Topik perbincangan yang sama bila kami berkumpul. Pasal sekolah dulu-dulu..pasal cikgu. Itu jer. Pastu terkeluar la aku gemuk masa dulu. Ntah la, aku dah macam tak fokus jer ngan apa derang ketengahkan... aku macam hilang dari alam realiti derang..aku macam menanti-nanti sesuatu..hanya satu bunyi mesej dari handset aku jer. Uhhh...zu ni terlupa ker. Adoi...ker study. Ker dia dah tahu aku keluar ngan kawan. Tapi yang aku peduli sangat kenapa? Bukan hak aku? Ntah dia keluar ngan pakwe dia ker. Iskk...tak kot. Ko dah lupa mesej kiter ker cik zu? Dah tidor kot.

"Teetttttt...ttetttt..tettttt"

Yes mesej dah masuk.

"Bawa kunci rumah tak"

Ceh, alang ker mesej. Kacau betul la. Cik zu...awak terlupa nak mesej kiter ker. Jangan la tidor. Awak dah janji nak mesej kita balik malam ni. Kita rindu kang macam mana? Macam malas jer nak layan derang ni. Dah jam 11 ni. Balik la. Malas nak join discusstion derang ni. Mata pun dah lalok ni. Kalu layan mesej zu tak per gak.

"Man jom balik. Dah malam"

"Releks la..pasni lepak rumah Sham plak"

"Aku ada hal lagi ni"

"Yer la...jom la"


"Treeeet...treett..trettt"

"Own buat aper?"

Yes cik zu akhirnya. Dah nak balik baru nak mesej. Kang balik la baru reply. Dah senyum balik muka yang kurang cuka ni. He...he... Rumah aku kesini tak la jauh sangat. Dekat 7 minit jer. Biasa la jalan tebok jer. Masuk parit sana sini. Helmet pun tak payah pakai. Rumah Man pun dekat jer ngan rumah aku. Nampak jer dari rumah. Dia ader motor, so senang la ajak berjalan. Huh..sejuk betul malam tepi bendang ni. Best udara bendang ni. Susah aku nak cakap...cuma orang yang duduk kampung bendang jer tahu. Terutama bila kerja kat kotaraya-kotaraya Malaysia..cuti balik kampung. Best jer. Tambah-tambah kalau hujan malam. Best betul. Terketar-ketar nak bangun subuh.

"Ok Man, terima kasih"

Solat dulu pastu baru layan cik zu kita. Tunggu yer cik zu.

".......................aminnnnnn ya Rabbal A'lamin"

"Pegi makan ngan kawan tadi. Makan ko teaw udang lipan. Sekarang dah balik. Keluar ker?"

Send.

Lepas 5 minit...

Hmmm....tdo ker. Ker marah aku....

Lepas 12 minit...

Study kot.

Lepas 16 minit...

ZZZzzzzzzzzzzzzzzz......

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 2.0.0.20 Firefox 2.0.0.20
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #5 on: April 24, 2009, 09:39:16 AM »
*L0vElle' of kyRA* chapter 6 - Kerja


Tarikh : 11 Julai 2005
Lokasi : Pulau Mutiara

Alhamdulillah...Dia maha menyayangi dan sesungguhnya Dia yang maha mengatur. Aku dah start kerja hari ni. Syarikat aku buat latihan industri masa kat poli dulu. Tak la susah sangat nak dapat job kat sini..atau mungkin dah jodoh aku memantau keadaan mak ngan abah. Tapi dengan usia yang semacam derang tu, tak der lagi sakit yang datang. Hmm...ntah la macamana ngan kerja baru dan suasana baru. Semangat sungguh. Pagi-pagi dah bangun seterika baju. Aku duduk ngan alang dulu sementara derang nak pindah. Aku ada dalam 2-3 bulan sebelum derang pindah ke Subang. Tapi lepas sebulan ni mampu kot duduk rumah sewa. Kang duduk lama-lama pun macam menyusahkan. Doa aku semoga jodoh aku dengan syarikat ni berpanjangan dengan limpahan rezeki dari ar-Rahman. Alang dah lama gerak. Dia 7.00 pagi dah keluar. Tinggal mamat ngan isteri dia jer.

Vrooommmm..................

"Mattt...acu pergi dulu"

He..he...anak sedara panggil aku acu. Dulu paksu. Nampak macam tua sangat kan? Pas kahwin baru jadi "Pak". Sebenarnya aku bukan pakar sangat jalan kat Penang ni. Semalam dah usher tengok jalan nak pegi feri, pastu kat pulau tahu la sikit nak ke office. Dah teruk sangat feri ni. Lusuh jer. Berapa tahun la usianyer. Sebelum aku lahir per. Feri yang merupakan trademark Penang. Pernah derang nak mansuhkan terus perkhidmatan feri ni. Yer la kos semakin naik dengan harga minyak yang mencacak-cacak tak turun, kos kerja tambah dengan pilihan pertama jambatan yang pernah unggul sebagai jambatan terpanjang dia asia tenggara...atau masih lagi kekal aku pun dah lupa. tapi kadang-kadang perlu juga perubahan untuk mutu perkhidmatan yang lebih baik supaya terus menjadi pilihan orang ramai. Macam menyediakan keadaan yang lebih baik dan lebih cepat..tak mustahil pengangkutan air ni jadi lagi efisien. Pernah sembang ngan pekerja feri tu. Dia jawab mudah jer. Minyak mahal. Hmmm...tak leh salahkan. Zaman sekarang bukan lagi zaman pembangunan dan teknologi. Lebih banyak yang berlumba-lumba menaikkan harga barang masing-masing. Naik sana-naik sini. Mungkin pepatah "bagai enau melepaskan pucuk masing-masing" sangat sesuai dengan situasi ni. Tapi apa-apa pun warisan Pulau Pinang ni memang tak boleh dihentikan.

Macam-macam gelagat manusia ni kan? Adew yang tidor dalam kereta, hisap rokok, fesyen rambut, pakaian, warna kulit..semua pasti dengan satu tujuan yang hampir sama dengan aku pagi-pagi buta ni. Kerja untuk sesuap nasi. Kekadang tengok kereta besa-besar hairan juga apa derang buat sampai mampu guna kereta macam tu. Berniaga? ramai mana yang berniaga sangat? Jeles pun adew kekadang tu.

"Hai zu sayang, abang dalam feri la. Lambat pula feri hari ni. Anak dah hantar pegi pengasuh?"
Bukan aku la. Ni mamat sebelah ni. Isteri dia nama zu. Bestnyer bila dah ada family ni. Ada anak..ada rumah. Mesti sungguh bahagia. Nasib baik ingat kat cik zu.

"Akum zu. Own otw nak pergi kerja ni. Doakan yer kejayaan own di tempat kerja ni"

Aku dah rapat sikit dengan zu sekarang ni. Yer la mula dari dia start cuti sem la. Rumah aku dapat pakej telepon free kesemua talian tetap rumah di Malaysia. Apa lagi? guna la kesempatan yang ada itu. Pagi petang malam ...ada masa jer mesti gayut. Keseluruhan tu nampak menarik la dia ni. Tapi cakap tu macam kureng ayu jer sikit...sikit jer. Muka tu aku tak tahu la. Tak pernah tengok. Tapi muka bukan penting. Itu cuma bonus jer. Tapi kadang-kadang tu terlintas jugak kot ada jodoh. He..he...sempat lagitu. Tapi apakan daya. Kumbang mengidam madu bunga jiran sebelah. Dia dah ada pakwe. Bagus la kalau dia dah ngaku bila aku tanya. At least dia jujur dengan seorang boyfriend dia. Tapi tak la teruk sangat kalau nak berkawan jer kan? Bukan nak rampas pun. Dah suratan jodoh bukan di situ. Yer tak?

"Aaa..start kerja kan? Buat baik-baik yer. Semoga berjaya di alam kerja"

"Ok. zu kat mana?"

"Kat UKM, pagi-pagi dah sampai. Along hantar"

"Kelas pukul berapa?"

"Adew karang pukul 10.45"

"Own tengah atas feri ni. Feri Pulau Pinang"

"Bestnyer. Nanti zu datang penang own bawa zu nak feri yer"

"Ok.. dah nak sampai dah. Nanti senang own mesej zu. Jangan lupa pegi kelas"
"Ok. Taking care. Bye"

Semangat la sikit macam ni.

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.10 Firefox 3.0.10
  • Referrals: 0
*L0vElle' of kyRA*
« Reply #6 on: August 13, 2009, 10:58:53 PM »
*L0vElle' of kyRA* chapter 7 - Kerja II

Ntah la sejak aku dah "hampir-hampir" di alam fantasi cik zura ni, jadi semangat jer hari bila pagi-pagi dah dapat mesej dia. Bukan sebab aku gila bayang..bukan juga angau mahupun "SS" (syok sendiri), tapi sekurang-kurangnya aku tahu juga kewujudan aku di bumi dengan keperihatinan Cik Zura kat aku ni. He..he.. perasan rupanya aku ni. Jangan la salahkan aku. Kang kalau dah mendapat status "duda sepanjang hayat" lagi susah. Hmm...kalau la dia single macam aku ni, senang la sikit nak adjust. Tak kisah kalau aku ni jadi pakwe dia ker 27 ker, lagipun aku pun dah pernah couple sekali. Lain la dulu masa tak pernah couple. Cari jer mesti nak yang 1st time experience. Tapi susah nak cari sama2 1st time experience sekarang ni. Kan??. Cuba tengok kat mall-mall yang adew kat Tanah Melayu ni (aku lebih suka guna Tanah Melayu dari ungkapan Malaysia), tak putus-putus dengan pelukan mesra pasangan-pasangan Adam dan Hawa berketurunan Melayu. Mungkin boleh cakap penguasaan bangsa Melayu melebihi bangsa lain. Tapi pernah ker fikir kalau bangsa kita menjadi maju? Mungkin penguasaan semua bidang di negara ini tak mustahil akan terus di pelopori bangsa kita. Tapi kenapa tidak itu yang terjadi? Kenapa kemajuan di letak pada bangsa lain di Tanah Melayu? Senang jer jawapannya. Emas orang kita bukan di gunakan untuk pelaburan, tapi untuk berkepit-kepit di tepi pantai, kaki lima supermarket, bus-stop dan benteng-benteng. Tapi apa emas itu? Setiap orang ada emas yang sama banyak setiap hari. Emas untuk 24 jam, emas untuk 1440 minit, emas untuk 86400 saat. Tapi sayang tak dipergunakan sebaiknya even 50% pun. Benar la prosa tentang masa. Masa itu emas, dan masa itu ibarat pedang, jika kita tak memotongnya, dia akan memotong kita. Dan emas kita kebanyakannya dah dipotong dan dipergunakan oleh orang lain. Kesian kan? Tapi ramai masih tak sedar.

Sebenarnya tak jauh sangat pun Seberang Prai Tengah ni dengan Pulau Pinang. Aku agak-agak dalam 11-12 kilometer jer. Kalau naik feri ni pun dalam 10-15 minit jer. Kalau aku naik jambatan pun dalam 10-15 minit gak. Tapi ngan keadaan yang sesak pagi2 ni, boleh la lajak 20-30 minit. Huh..letihnya.
TREetttttt..treeeetttt..

"Teringinnya nak naik feri Pulau Pinang. Bila yer dapat naik. Best la. Nanti kalau zu datang penang, own bawa zu naik feri yer?"

"Ok, nanti kalau datang Penang, own janji bawa zu naik feri"

He..he...dah mula senyum sendiri la. Cik Zu ni selalu buat aku tersenyum. Tak pernah jumpa lagi pun, tengok muka apa ntah lagi. Asyik sms jer. Sms penawar duka dan rindu. Eceh..Macamana yer rupa dia. Mesti wajah lembut yang ayu, yang boleh buat hati keras aku ni menjadi lembut (bukan pondan yer). Bukan selalu sangat mesej dia, tapi macam perlu mesej dia jer hari-hari. Orang tua panggil jangkitan ni "sakit angau". Ntah la. Mungkin aku ni bukan jenis berperempuan. Tu pasalnya. Bila jumpa seseorang yang macam istimewa di hati ni, macam semacam jer. Baru pukul 8.00 pagi. Sempat la kalau pejabat buka pukul 8.30 karang. Bukan jauh sangat pun. Hari permulaan kerja, hari baru dunia aku, hari baru penentu masa depan. Hishh, takut gak. Staff dia aku tak takut sangat, sebab dah kenal masa aku praktikal dengan derang. "Releks man,you always can do everything you want". Yes..aku kena buktikan dan cuba sebaik mungkin. Yang penting, kekalkan sisten kerja yang sama dari dulu. "Kualiti dan Masa, kerja bukan kerana tugas, tetapi kerana tanggungjawab"

Apa yer? "Kualiti dan masa, kerja bukan kerana tugas, tapi kerja kerana tanggungjawab"? Ini apa yang aku dah lalui la. Dulu masa sekolah menengah, aku selalu buat kerja kerana tugas. So, aku lebih dahulukan masa berbanding kualiti. Hasilnya, kurang memuaskan. Aku buat sesuatu kerja tu sebab dah tugas aku sebagai pelajar. Bila cikgu bagi kerja, aku hanya siapkan jer sebagai syarat tugas aku sebagai pelajar menyiapkan kerja. Dan hasilnya sungguhnya mengecewakan aku. Banyak perkara negatif berlaku bila aku buat cara macam tu. Contohnya, bila cikgu kritik kerja aku, aku buat tak tahu jer, janji kerja aku tu siap. Tapi berbeza bila aku masuk poly. Aku guna kaedah bertentangan, kualiti berbanding masa dan kerja sebagai tanggungjawab. Resultnya bukan la yang terhighest, tapi cukup la membanggakan aku berbanding di sekolah menengah dulu. Biar pun kerja tu mudah, aku akan buat dengan penuh tanggungjawab, setiap kritikan aku terima dengan ikhlas dan aku perbaiki. Kerja yang tak siap, aku minta waktu untuk siapkan even aku boleh siap as soon as posibble. Memang berisiko. Tapi hidup tanpa risiko ni suatu yang membosankan dan tidak mengajar apa-apa dalam kehidupan ni. So bila kita buat sesuatu tu dengan penuh tanggungjawab, banyak perkara positif di sini. Macam tu juga solat contohnya. Kalau dibuat sekadar tugas kita hambanya, mungkin tak cukup. Tapi jika dibuat kerana tanggungjawab kita...tentu lebih kusyu'. Penuh tertib dan ketelitian. Itu cara aku, tapi lain orang lain caranya..

Online pEtaI

  • Mafia
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,954
  • Karma: +6460/-7
  • Gender: Male
  • Tiru Macam Saya
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Chrome 2.0.172.39 Chrome 2.0.172.39
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #7 on: August 14, 2009, 01:04:50 PM »
ko tulis sendiri ke citer neh
-seorang seseorang-

Zinedine Zidane : "My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.10 Firefox 3.0.10
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #8 on: August 14, 2009, 06:49:02 PM »
ko tulis sendiri ke citer neh

hahaha...tulis sendiri. kenapa? macam merepek ker? X_X

Online pEtaI

  • Mafia
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,954
  • Karma: +6460/-7
  • Gender: Male
  • Tiru Macam Saya
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Chrome 2.0.172.39 Chrome 2.0.172.39
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #9 on: August 15, 2009, 09:12:42 AM »
hahaha...tulis sendiri. kenapa? macam merepek ker? X_X

aku x baca pn lg...nnt ku kasi rebiu -_-
-seorang seseorang-

Zinedine Zidane : "My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."