Author Topic: *L0vElle' of kyRA*  (Read 687 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline myaze

  • HaTe ThAt I lUv U
  • Chancellor
  • Extreme Members
  • *
  • Posts: 16,618
  • Karma: +15560/-3
  • Gender: Female
  • aKu YaNg BlUr
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.10 Firefox 3.0.10
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #10 on: August 15, 2009, 10:30:52 AM »
ni mest kisah cinta sendiri ni -_-
pErCaYa aTaU TiDaK ... iTuLaH hAkIkaTnYe .. 믿거나 말거나 ... 는 사실

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.10 Firefox 3.0.10
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #11 on: August 16, 2009, 08:38:46 AM »
*L0vElle' of kyRA* chapter 8 - Kerja III

"Own dah dah sampai office, tapi tutup lagi. So sekarang kat kedai mamak, breakfast"

Mesti boringkan asyik sms jer. He..he..saper cakap. Banyak detik kemanisan cinta terbibit dari sms. Yer la, lagipun kena la sedar. Bukan kaya sangat aku ni nak telepon dia selalu. Dia pun takkan aku nak paksa telepon aku. Student lagi. Paham-paham jer kan. Aku pun pernah jadi student jugak. Kena jimat selagi bolah jimat. Tapi sejak aku kenal cik zu ni, naluri aku terasa dia bukan la dari golongan aku. Aku bukan la miskin sangat..tapi aku dapat la rasa dia dari keluarga senang. Penuh dengan manja ibubapa. Bukan makabah aku tak sayang aku..sayang. Tapi kekadang tu tak semua benda aku dapat. Yer la orang kampung. Pernah sekali tu aku minta beli komputer. Maklum la sekarang zaman teknologi, bab-bab ni aku bukan ader pendedahan langsung. Kebetulan masa tu sekolah tengah jual laptop untuk renew ngan komputer lain. So derang jual murah. Dalam RM300. Aku cakap kat mak, mak cakap nak buat aper. Sedih gak bila dapat jawapan macam tu. Tapi itu la yang buat aku belajar sebenarnya. Tiap-tiap apa yang kita nak, ada harganya. Tiap-tiap harga tu ada titik permulaan usaha untuk dapatkannya.

Treeettt................

"Iyer? wah semangat betul encik own ni. Bagus la semangat jer kan? Makan aper tu? Zu tengah breakfast gak ni"

"Aaa...sungguh bersemangat ni. Iyahhhh...semangatnyer. Makan nasi lemak ngan milo ais"

"Eh, sama la. Zu pun makan nasi lemak ngan milo ais. Suka tiru orang"

"Iye ker, tapi mana ada tiru. Kelas pukul berapa"

"Kang pas makan terus pergi kelas. Kang pukul 9.30 ada kelas"

"Ok la. Jangan ponteng sangat, lewat jer"

"Manadew...eh awak, good luck yer. Semoga hari ni menjadi permulaan untuk awak"

"Aaa..thanks. Awak pun. Biar tiap-tiap hari kita adalah hari baru"

"Dah lama kita kenalkan? Minta gambar boley? Nak gak tengok gambar kawan kiter ni?"

"Zu punya handset ada mms?"

"Ada"

"Kang own mms kan yer?. Tapi Zu kena janji kasi gambar Zu gak."

"Ok"

He..he..betul ker ni. Akhirnya aku dapat tengok juga wajah Cik Zu yang selalu buat aku ter"angau-angau" ni. Macam mana yer?? Hishh..risau pula aku. Dah lama kenal lak tu. Lagipun aku bukan kisah sangat lawa-lawa ni. Zaman sekarang jangan pandang luaran jer. "Dont judge a book by it cover". Betul tau. Cuba korang jumpa perempuan yang lawa-lawa tu. Tanya dia. Tahu masak tak? Tahu kemas rumah? Tanya dua ni sudah la. Tak yah kena dua-dua. Satu pun belum tentu. So, yang tak der kena satu langsung ni ker nak buat isteri. Tengok la muka isteri yang macam Maya Karin..boleh kenyang ker macam tu? Rumah boleh kemas ker dengan rupa isteri yang cantik? Belum tentu tau. Bukan senang nak cari duit nak buat kahwin...tapi bukan tentu berbaloi kalau dapat kumpul duit tapi dapat isteri yang tak cukup peranan isteri. Jangan fikir mudah.
"KAHWIN"??..kawen awal ker lambat? Memang nak kawen awal. Tapi banyak mana juga aku kena simpan. Bukan benda main kawen ni. Suami, isteri, wali, saksi dan akad. Ada ni cukup la syarat kahwin. Yer, memang la. Abis ingat free? Sekarang ni mau tak mau dekat 7k -10k gak hantaran. Silap-silap pi sampai 15k-20k nak kahwin semua. Fuh banyak tu. tapi apa-apa pun aku nak capai impian aku dari darjah dua dahulu. Dari aku umur 8 tahunaku dah ingin sangat benda ni. Dapat jer benda ni aku dah mula boley fikir nak kahwin. Home theather ngan laptop. Mesti ni dulu target aku. Mesti dapat ni dulu..nekad dalam hati yang sangat dalam. Dah banyak benda yang aku impikan, aku dah usaha dan alhamduli4JJl dapat. Dan aku akan sentisa teruskan lagi usaha aku. Usaha..usaha.......

"Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperoleh selain apa-apa yang diusahakannya. Bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan YANG PALING SEMPURNA"(Surah al-Najm:39-41)

Itu janji Allah..dan percayalah, Dia tak pernah memungkiri janji seperti hamba-hambaNya. Dan dari itu aku pegang dan dari situ aku tak pernah ada "ungkapan" setiap kegagalan adalah dari takdir Allah, dan aku bukan sombong nak mengatakan Dia tak menetukan apa-apa dalam perjalanan hidup kita. Tapi aku percaya pada-Nya. Dan aku percaya pada janji serta balasan-Nya. Dan aku pasti dan sangat pasti Dia tak pernah terlepas dari menghitung segala usaha hamba-hambanya walaupun sedikit usaha yang aku lakukan. Andai aku tak berjaya, aku hanya akan anggap usaha aku masih belum sempurna dan mencukupi, bukan takdir aku untuk gagal. Itu lah apa yang aku amalkan.. Jangan biarkan kegagalan menjadi guru kemunduran kita, tapi biar lah ianya menjadi guru yang membantu dan menyokong kita kearah yang lebih positif. Dan yang penting, tiap kejayaan yang kita kecapi dahulukan dengan penghargaan kepada-Nya. Ucaplah Alhamdulillah...insyaAllah, Dia takkan kecewa dengan kita.

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.10 Firefox 3.0.10
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #12 on: August 16, 2009, 08:39:39 AM »
ni mest kisah cinta sendiri ni -_-

 :"> jangan la terlalu berterus terang untuk seorang penulis novel. :-$

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.15 Firefox 3.0.15
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #13 on: December 11, 2009, 04:48:44 PM »
*L0vElle' of kyRA* chapter 9 - Wajah


Masa : Hari yang sama
Waktu : 12.30 pagi

Best juga kerja ni, tapi hari pertama la. Susah gak nak cakap. Sebelum ni pun kerja kilang lepas SPM, minggu pertama jer best. Dah lama-lama boring plak. Yer tak, asyik benda yang sama jer. Aku lebih suka kerja luar sebenarnya. Memang orang cakap penat dah berpeluh sikit. Tapi tak per kan? Aku suka kerja yang rasa macam tak terkongkong. Takder saper yang amik peduli sangat. So, kalau kerja luar ni boleh la jalan-jalan sikit. Tapi, 2nd boss aku dah cakap aku under training sebulan jer kat office ni. So, tak perla kot.

"Khairul, jom pergi makan"

"Tak per la, pegi la dulu"

"Ala jom arr.. celebrate officemate baru"

"Tak per la. Pegi la. Lagipun kenyang lagi ni"

"Ok"

Sebenarnya bukan tak nak pergi. Poket aku ni cukup-cukup jer ader RM 35 jer. Bukan RM350. 3 minggu lagi nak gaji, cukup la bajek aku. Minyak seminggu 5 ringgit, feri ngan kalau aku lapar sangat-sangat. Memang duit aku ader banyak ni jer. Abah ada tanya masa aku nak pergi rumah Abang Mie, nak duit ker. Aku cakap tak nak, ada duit lagi. Mungkin naluri abah dengan anaknya. Dia tahu la kan? Dia huluq RM50. Mula-mula terdetik juga kat hati RM50 jer? Tapi sebenarnya RM50 tu bukan pada nilainya. Tapi penghormatan dan kasih sayang yang dipamerkan dalam bentuk keprihatinan seorang ayah untuk anak terakhirnya memulakan alam baru. Satu bentuk pembakar semangat. So, aku ambil keputusan tak nak guna duit tu. Selagi aku mampu simpan, aku akan buat pembakar semangat untuk terus kerja. Abah..mak restuilah own kerja yer. Doakan kejayaan kerja dan masa depan own.

Tetiba mata aku nampak macam bergenang ngan air, tetiba aku nampak wajah derang. Walaupun masing-masing dah cecah 60, tapi masih kuat. Bekerja tanpa harapkan sebutir beras pun dari anak-anak dia. Yang penting kebahagiaan anak-anak pada mereka yang lebih di utamakan. Aku teringat susah payah derang membesarkan 5 orang anak dengan 2 orang anak sepupu sampaikan 5 orang jejak kaki di universiti. Mungkin aku tak hidup lagi saat kesusahan Kak Long ngan Abang Tan hidup. Derang lebih merasai kesusahan berbanding apa yang aku lalui. Bayang kan kalau 2 orang anak masuk universiti serentak dalam satu minggu? Dengan kos dan cara hidup masa lampau dengan bercucuk tanam, Abang Tan masuk dulu, then Kak Long follow. Abang Tan masuk lepas SPM, Kak Long masuk lepas STPM. Huh, kalau aku pun berpeluh. Mungkin dah sampai tahap frust. Tapi abah dengan mak bukan macam tu. PELAJARAN is no 1. Apa-apa pun pelajaran anak-anak dahulukan. Abang Tan dah settle semua, tinggal Kak Long jer. Masa tu abah sungguh-sungguh cari duit untuk Kak Long masuk universiti. Start dari ambil upah kerja ngan orang, petik kelapa dan jual, pancing ikan, macam -macam cara yang aku yakin kalau aku masa tu dah jamin frust. Tapi abah ngan mak tetap usahakan juga. Usaha yang tak pernah bezakan kami sampai aku anak terakhir sekali. Tapi mungkin aku yang sia-siakan usaha mereka...tak masuk universiti akhirnya. Memang kecewa kan?

Trreeettt......

Mms? Gambar Cik Zu?

Treettt...

"Hensem la awak ni, mesti ramai peminat. So, seperti yang di janjikan, ni gambar saya sebelum saya balik ke UKM semalam. Biasa-biasa jer. Harap Own tetap jadi kawan Zu, even dah dapat gambar ni"

"Jangan risau, Own bukan jenis kawan rupa paras. Tengah downloading ni. Tak pernah guna mms lagi. Mms Maxis pernah la dapat"

"Ok, Zu nak pergi lunch ni. Own dah lunch?"

"Belom, kenyang lagi"

Tahu kan sebab naper aku tak lunch? Hish, lambarnya nak download pun. Macamana yer rupanya.Harap-harap betul la perempuan sebenar. Ok...yes dah habis.

"ITA???"

Offline GeNieInABotoL

  • Damen
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,904
  • Karma: +6991/-5
  • Gender: Female
  • Views towards life change, so do people
  • OS:
  • Windows Vista Windows Vista
  • Browser:
  • Microsoft Internet Explorer 6.0 Microsoft Internet Explorer 6.0
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #14 on: December 11, 2009, 05:41:03 PM »
pakcik..alamak..bestla novel pakcik, skrng br pasan nih..aduss
tahniah...
喜欢的还是喜欢,讨厌的还是讨厌。。。

Anda inginkan persembahan tarian daripada kumpulan zapin cilik dalam majlis perasmian, majlis hari jadi atau majlis perkahwinan?
Kami menyediakan perkhidmatan persembahan tarian zapin di kawasan sekitar JB dan Kota Tinggi sahaja. sila pm me jika berminat.

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.15 Firefox 3.0.15
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #15 on: December 16, 2009, 05:30:39 PM »
pakcik..alamak..bestla novel pakcik, skrng br pasan nih..aduss
tahniah...

hehehe...saja mengasah bakat kot2x ada

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.15 Firefox 3.0.15
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #16 on: December 16, 2009, 05:39:28 PM »
*L0vElle' of kyRA* chapter 10 - Wajah II


Betul macam Ita jer muka Cik Zu ni. Bulat jer mukanyer..memang ayu pada aku (pada korang lantak la kan) asal aku suka. Its ok what? Ita tu sepupu aku. He..he..akhirnya daku dapat menatap wajah ayu Cik Zu ni setiap hari. Bestnyer. Kalau aku rindu-rinduan kat dia, boleh tengok muka ni. Kot-kot la dia busy, tak der masa mesej aku. Happy nyer rasa. Tak sangka lepas 3 bulan berkawan dapat tengok juga muka dia.

"Own dah dapat gambar Zu, cute la"

"Ishh...malunya, own simpan elok-elok tau. Buka senang Zu nak kasi gambar kat orang. Ini satu jer Zu kasi tau. pas ni takder dah. Malu tau."

"Ok, simpan elok-elok punya. Own bukan ada gambar awek pun nak simpan"

"Emm...yer la. Tak der awek la konon. Orang muka macam own ni takkan takder awek kot"

Yes, strategi aku mengena juga.

"Ingat own ni Beckham ker? sapale nak. Orang kampung jer kan. Belajar pun kat Politeknik jer. Sapa yang nak"

"Ala merendah diri pula. Kalau zu tanya betul-betul own jangan marah yer?"

"Tanya la. Nak tanya ap? Bukan kena bayar pun?"

"Own ni betul-betul ker single? Takder awek ker?"

"Awek ade, tapi dah putus. Setahun lepas. Couple 6 bulan jer. Sekarang single, dah malas fikir"

"Alew siannyer. Maaf yer tanya macam tu. Bukan aper, takut awek own marah. Sebab kalau Zu jadi awek Own pun, Zu marah. Pakwe kita mesej-mesej dengan orang lain. Tapi dah single,ok fine la"

"Aaa..rasa senang sikit. Jangan risau la. Kita tetap kawan kan?"

"Aaa..kita kawan. Walaupun Zu kenal hanya beberapa bulan, tapi Zu dapat rasa Own ni lain. Tak macam laki yang Zu jumpa. Mesti Own ni orang baik."

"Harap-harap macam tu la"

"Rasa-rasa suatu hari nanti kita berjumpa tak?"

"InsyaAllah..."

Boleh ker suatu hari nanti kita berjumpa? Boleh ker? Tapi dunia ni bukan besar mana. Macam cerita ni. Kita berdua jer watak utamanya. Own dan Zu. Mungkin suatu hari nanti kita akan semakin jauh, seorang di depan dan seorang dibelakang, seorang di utara dan seorang di barat.. tapi tak mustahil kalau Dia mengkehendaki. Aku tak pernah kecewa bila percubaan pertama aku bercinta gagal. 6 bulan? satu tempoh yang memalukan untuk lelaki seusia aku, dan sememangnya paling layak unyuk bermandikan bunga. Memang kekadang akuf ikir jugak biar pun dah lepas. Teruk sangat ker aku ni sampai 6 bulan? Memalukan aku jer. Memang aku akui aku banyak menjadi puncanya. Maklum la orang tak biasa bab drama menyentuh qalbu ni. Pagi-pagi dah tanya sihat..silap-silap sehari tu dah dekat 30 kali dia tanya aku sihat. Dah pagi aku sihat, mesti tengah hari pun. Hishh...lama-lama aku boring. Bukan salah dia, memang patut la dia ambil berat. Tapi aku la bodoh bercinta sangat. Susah nak pahami perasan orang yang ambil berat dekat aku.. Itu yang jadinya 6 bulan, 5 kali jumpa. Actually aku memang spesis yang kedekut menghabiskan masa dating-dating ni. Buang masa jer kan? Ntah la, aku pun tak paham apa yang budak-budak 'KITA' suka sangat berpasang-pasangan melepak. Banyak sangat ker masa derang? Hmmm...ntah la.

Banyak benda berlaku, dan banyak benda yang perlu untuk berlaku supaya kita akan belajar dari apa yang telah berlaku itu. Tak guna membayangkan sesuatu yang berisiko tapi tetapi takut pada risiko tu. Orang tua-tua ada pernah bekata "Kalau takut di landa ombak, jangan berumah di tepian pantai". Betul tak? Macam tu juga la cinta. Kalau takut nak bercinta, jangan cuba sesekali bercinta. Kalau tak diri merana. Mungkin itu yang aku lalui dahulu. Tertekan nak merasi apa itu cinta seorang perempuan, tapi at last rasa macam terkongkong. Mungkin ini la balasannya. Tapi buat apa nak bersedih di sepanjang jalanan hidup ini. Hidup tetap di teruskan. Bukan perlu untuk kembali kepangkal jalan. Tapi teruskan kaki untuk melangkah dan pilih simpang jalan di depan yang akan kita temui kelak. Pada masa tu, guna la pengalaman dari salah pilih simpang yang lepas untuk panduan pilih simpang yang seterusnya. Hidup tak boleh kembali kepangkal jalan. Kita tak empunya daya berbuat demikian. Hidup kena di teruskan walau apa yang terjadi pun. Dan..aku pun macam tu. Aku tak boleh kecewa dengan cinta pertama kecundang di tasik layu...tapi aku kena terus berusaha mencari cinta..mengenal erti cinta. Dan biar aku ber mula dengan cinta pada Ilahi. Hanya dia berhak untuk di cintai. Manusia hanya layak untuk di sayangi..bukan dicintai.

Dah pukul 2 petang pun. Solat zuhur kejap. Ha, ni yang paling aku suka kerja dengan derang ni. setiap solat akan ada jemaah. Jemaah di pejabat? MasyaAllah. Mana nak cari lagi kan zaman sekarang ni macam ni punya tempat kerja. Huh..

"Ya Allah, ampunkan dosa aku, dosa kedua ibu bapa aku. Kau panjangkan lah umur mereka. Setidak-tidaknya biarlah anak aku sempat untuk mengenali mereka sepenuh jiwa mereka. Biar pun seorang..cukup untuk menceritakan pada adik-adiknya perihal tokwan dan tok mereka..insan yang sangat aku kagumi. Yang mengajar aku sehingga aku menjadi insan sebegini............amin..."

Offline GeNieInABotoL

  • Damen
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,904
  • Karma: +6991/-5
  • Gender: Female
  • Views towards life change, so do people
  • OS:
  • Windows Vista Windows Vista
  • Browser:
  • Microsoft Internet Explorer 6.0 Microsoft Internet Explorer 6.0
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #17 on: December 16, 2009, 05:53:10 PM »
hehehe...saja mengasah bakat kot2x ada

memang ada tu..keep up the good work!!
isteri pakcik sungguh comel..
喜欢的还是喜欢,讨厌的还是讨厌。。。

Anda inginkan persembahan tarian daripada kumpulan zapin cilik dalam majlis perasmian, majlis hari jadi atau majlis perkahwinan?
Kami menyediakan perkhidmatan persembahan tarian zapin di kawasan sekitar JB dan Kota Tinggi sahaja. sila pm me jika berminat.

Online pEtaI

  • Mafia
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,954
  • Karma: +6460/-7
  • Gender: Male
  • Tiru Macam Saya
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Chrome 3.0.195.33 Chrome 3.0.195.33
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #18 on: December 17, 2009, 12:37:22 PM »
tulis cerpen ni kena imaginasi tinggi...kena duduk sorang2 cari ilham =D>
-seorang seseorang-

Zinedine Zidane : "My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."

Offline pakcik own

  • Mafia
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 307
  • Karma: +295/-0
  • Gender: Male
  • "Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperole
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.0.15 Firefox 3.0.15
  • Referrals: 0
Re: *L0vElle' of kyRA*
« Reply #19 on: December 17, 2009, 02:06:37 PM »
memang ada tu..keep up the good work!!
isteri pakcik sungguh comel..

isteri pakcik jer ker? pakcik pun tak kurang juga. hahahaha...