Author Topic: *~~Draudžiama Moteris ~~*  (Read 92 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline saLJu

  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 496
  • Karma: +578/-0
  • Gender: Female
  • kuzu kuzu
  • OS:
  • Windows Vista Windows Vista
  • Browser:
  • Microsoft Internet Explorer 8.0 Microsoft Internet Explorer 8.0
  • Referrals: 0
*~~Draudžiama Moteris ~~*
« on: May 28, 2009, 09:37:28 PM »

Pertama

Dedaun kecil kering berkilauan umpama kertas-kertas perak berterbangan. Berpuluh, malah beratus-ratus tidak terkira turun jauh jatuh ke bumi. Pemandangan di luar cerah kesamaran. Kabus sejuk menyelubungi suasana. Cahaya kelabu keunguan tersadai di ufuk barat. Umpama sebuah lukisan yang sempurna.

Seorang wanita berbaju halus putih, bertatahkan mutiara berhayun perlahan di atas buaian yang tinggi dihiasi pohon jalar kristal. Hujung pakaian wanita itu meleret bergantungan di udara. Merenung leka dia ke satu arah sambil satu-persatu airmatanya jatuh menitis ke jari-jemari yang sudah lama tidak bergerak dari ribanya.

Dilihatnya sekumpulan manusia sedang berkumpul. Pulang dari medan perang agaknya. Mereka bergelak-ketawa dan bersuka-ria. Ada yang menikmati minuman dan ada pula yang tidak henti berbual dengan penuh semangat.

Tepi bibir wanita itu seakan bergerak ingin senyum jua, namun terhenti pula tiba-tiba.
"Sungguh jauh mereka itu semua... sungguh girang sahaja mereka", bisik hati wanita tersebut.
Sesekali, dia mengesat air mata yang menuruni tanpa henti di pipinya..







~bersambung~
~O) I am a nobody in a land far, far away... ~O)