tempek biter melayu lak
'Kami mampu juara'LONDON: Theo Walcott mendakwa Arsenal mampu memenangi gelaran Liga Perdana. Skuad The Gunners tewas 2-0 di Chelsea Ahad lalu sekali gus ketinggalan sembilan mata kepada skuad The Blues itu.
Namun, pemain sayap England itu menjelaskan perebutan dalam kempen liga belum berakhir buat skuad Arsene Wenger.
"Kami percaya skuad ini masih berada dalam kelompok itu, tidak perlu ambil kira di mana kami berada dalam liga sekarang.
"Kami seperti memungut lebih banyak mata daripada beberapa perlawanan lalu namun kami hanya menumpukan kepada keputusan berdepan Liverpool, awal pagi esok.
"Setiap perlawanan Liga Perdana cukup sengit dan pasukan bakal kehilangan mata tapi, kami hanya menumpukan kepada pasukan kami.
"Jika kami beraksi seperti mana di Chelsea dan memiliki peluang, kami mampu menundukkan sesiapapun satu hari nanti." katanya.
Tambahnya, skuadnya menguasai perlawanan namun Chelsea memanfaatkan peluang dan berhak dengan keputusan itu.
"Kami perlu belajar daripada kekalahan itu," katanya.
Walcott, 20, dilihat kurang menyerlah selepas mengalami kecederaan berterusan menjelang Piala Dunia yang berlangsung pada musim panas.
"Kecergasan saya di tahap terbaik dan berharap dapat kembali brrlatih untuk berada dalam kesebelasan utama," katanya. - Agensi

juara la sangat