Author Topic: jom syer  (Read 2770 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Online pEtaI

  • Mafia
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,954
  • Karma: +6460/-7
  • Gender: Male
  • Tiru Macam Saya
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Chrome 3.0.195.38 Chrome 3.0.195.38
  • Referrals: 0
Re: jom syer
« Reply #80 on: January 23, 2010, 09:22:05 AM »
Bukan Pejuang Bisu
Posted on Januari 20, 2010 by faridul
 
Musa. Memang, bukan calang-calang orangnya. Dengan satu kali pukulan, sudah cukup untuk menghapuskan, melayangkan, menamatkan riwayat seorang Qibti. Namun, itu tidak bererti Sang Nabi ahli ulul-azmi ini sempurna. Kesempurnaan bukanlah rahsia tatkala ia menggagahkan diri memenuhi seruan Rabbul Izati mendepani bapa tirinya, sang tirani terkemuka seantero dunia, Fir’aun laknatullah, sambil menjelaskan sebuah dakwah, mengabdikan diri kepada ALLAH.

Kesempurnaan bukanlah factor ia mendepani kedegilan Bani Israel dengan sebuah risalah tarbiyyah, apa lagi, untuk menjayakan risalah ini, ia kudus dalam doanya;

“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadadku.
Dan mudahkanlah untukku urusanku.
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku.
Supaya mereka mengerti perkataanku.”
(Surah Thoha [20]:25-28)

Nah, kerana ketidak fasihan jugalah, yang mengilhamkan ke jiwanya nan mulia, memohon meminta dalam sebuah doa, agar dakwahnya diperkuatnya oleh saudaranya, Nabi Harun.

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka mendustakan aku.
Dan (kerananya) sempitlah dadaku dan tidak lancer lidahku, maka utuslah (Jibril) kepada Harun.”
(Surah Syu’ara [26]:12-13)
 
“Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku; sesungguhnya aku khawatir mereka akan mendustakanku”.
(Surah al-qoshas [28]:34)

Dan kerana ketidak fasihan inilah, menjadi modal pelekahan oleh seorang Fir’aun terhadap Musa, lantaran sememangnya, Fir’aun mewarisi kehebatan dan ketokohan para pemimpin besar. Kehebatan dan kepetahan yang, mungkin, ia “wariskan” kepada mereka yang sesudahnya. Maka ada yang namanya Hitler. Atau Sukarno. Atau Bush. Dan para mujahidin sejatilah yang tetap terus menjadi “mangsa” kata-kata “keramat” mereka.

“Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: “Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat (nya)?
Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya.”
Maka Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.”
(Surah az-Zukhruf [43]:51-54)

Saudaraku,

Mari kita belajar daripada mereka. Betapa para pejuang Islam, bukanlah mereka yang hebat pidatonya. Atau mkenarik gayanya. Atau berpengaruh kata-katanya. Tetapi para dai’e Islam itu hanya menyimpan satu inspirasi: ALLAH. Bahawa yang mereka sandarkan bukanlah kata-kata mereka, tapi alunan kata-kata ALLAH. Bahawa yang mengukuhkan mereka bukanlah kekuatan mereka, tetapi kekuatan ALLAH. Bahawa yang mereka harapkan bukanlah perhatian dan ganjaran daripada manusia, tetapi balasan dan keredhaan daripada ALLAH. Hingga, diri mereka bisa bersuara menyayingi suara-suara “besar” daripada orang-orang “besar”, dengan keyakinan bahawa ALLAHlah yang tetap paling besar. Kekeluan, kekalutan dan ketidak pandai cakapan bukanlah penghalang untuk mereka tunaikan nazar cinta mereka pada Dia. Pada kekasih-Nya. Pada agama yang diredhai-Nya. Sebaliknya kepalsuan dan  kelesuanlah yang justeru menghalang umat kita pada hari ini, daripada mengucapkan kata-kata yang paling baik: dakwah!

Jika anda menunggu untuk pandai bercakap untuk berbuat, maka ketahuilah bahawa antara para pemimpin pemidato hebat adalah Fir’aun. Namun, jika anda memilih untuk bersandar kepada kekuatan ALLAH, ketahuilah, bahawa kelompok ALLAHlah (hizbullah) yang pasti menang!

Faridul Farhan Abd Wahab  “satu mulut, dua telinga, dua mata, banyak deria. Untuk apa?”

http://faridul.wordpress.com/2010/01/20/kita-bukannya-bisu/
-seorang seseorang-

Zinedine Zidane : "My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."

Offline Bung Tomo

  • Presiden Parti Keadilan Buaya
  • Mafia
  • 3 Star Members
  • *
  • Posts: 2,777
  • Karma: +2702/-1
  • Gender: Male
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.5.7 Firefox 3.5.7
    • Man does not live by bread alone
  • Referrals: 0
Re: jom syer
« Reply #81 on: January 25, 2010, 12:03:37 AM »
Benda ni sebenarnya mmg banyak khilaf.Ada yang kata boleh,ada kata boleh.Aku pernah dengar satu kuliah,ustaz tu kata harus untuk kafir zimmi.Untuk kafir harbi (yang terang-terang menentang Islam macam abu jahal),memang tak boleh...

M JUSOFF TAIB: Salam kepada bukan Islam


DI TENGAH kalut kalangan umat Islam yang menonjolkan perjuangan Islam di sebalik isu ‘nama Allah’, yang pada saya ramai yang masih mengenepi kedaulatan Allah dari hati nurani, Tok Guru Nik Aziz memunculkan isu ‘boleh beri salam kepada bukan Islam.’

Secara moralnya, bagi saya Muslim wajib memberi salam (jaminan kesejahteraan) kepada bukan Islam, iaitu secara sikap moral dan tertanam dalam batin atau hati nurani. Malah itu berupa sikap akidah, yang tidak boleh dicuaikan jika kita benar-benar seorang Muslim – yang menyerah diri kita kepada konsep hidup Islam demi Allah.

Salam secara maknawi adalah menjamin kesejahteraan, keselamatan dan pembelaan terhadap sesama Islam mahu pun sesama manusia yang tidak bermusuhan, malah sedia bermuafakat dan membantu kita dalam menyempurnakan masyarakat berkerukunan dan saling membantu.

Jadi falsafah ucapan salam ialah menyedarkan kontrak sosial, terutamanya sesama umat Islam. Misalnya moral memberi salam menurut Nabi saw, Muslim yang berkenderaan  patut dan utama memberi salam terlebih dahulu kepada yang berjalan kaki. Maknanya yang elit lebih layak menjamin keselamatan sesama yang lebih daif dan berkurangan. Bukan sebaliknya.

Dalam fekah, umat Islam dikehendaki menjamin keselamatan orang bukan Islam yang sewarga negara dengan kita. Agama, maruah, harta mereka wajib dipastikan selamat dari pencerobohan orang Islam. Malah dibenarkan menentang seperti menentang kafir harbi kepada Muslim yang melakukan kejahatan dan kezaliman kepada mereka yang telah menerima hidup berkerukunan dengan kita.

Kenapakah sedemikian ? Kerana agama Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui wahyu Al-Quran, bukanlah agama eksklusif seperti slogan “Islam milik orang Melayu”. Slogan begini menjadikan seseorang Muslim itu memaling agama suci anutan mereka menjadi agama eksklusif seperti Judaisme – agama Yahudi.

Ketika kita bersolat, kita membaca surah Al-Fatihah. Di hujung surah itu ayatnya ialah “ Ghairi al-maghdhuubi ’alaihim wala adh-dhaalliiin”. Ayat ini ditafsir oleh Nabi Muhammad saw sendiri. “ Al-Maghdhu” sebagai “ Al-Yahud” – Yahudi. “Wala adh-dhaallinn” sebagai “ An-Nashara”. Jadi melalui Al-Fatihah setiap solat kita, telah ditentukan Allah supaya kita tidak meng-eksklusif-kan agama  kita bagai Yahudi, dan tidak pula tersesat ke dalam emosi apabila beragama Islam. Kita wajib tunduk kepada pengertian dan fahaman berdasarkan ilmu.  

Dan apabila disebut ilmu, ada dua ilmu penentu  kesucian, kemuliaan dan kesahihan agama kita, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang berdasarkan sumber yang sahih segi sanad dan matannya. Hujah ini sahajalah merupakan kesucian agama.  

Apabila disebut ulama khilaf dalam satu-satu hal, ia menunjukkan ketiadaan dalil kuat yang mendokong satu-satu pandangan itu secara muktamad. Maka di sini kita harus menggunakan akal yang mendalam, murni dan waras dengan keadaan semasa untuk membuat pilihan demi kebaikan agama kita. Malah dengan tujuan demi Allah, bukan demi nafsu dan prasangka emosional kita.

Bebalik kepada pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang salam kepada bukan Islam, beliau dipetik oleh tabloid Siasah sebagai berkata: “Ada orang pernah tanya bolehkah orang Islam beri salam bila jumpa orang Cina atau India (bukan Islam). Setengah ulama kata boleh, setengah ulama pula kata tak boleh.”

“Jadi bagi ambo (saya), boleh. Sebab ia perkara khilaf. Bila ia cuma satu khilaf kenapa kita masih nak ambil yang tak boleh. Mana baik kita beri salam dengan tak beri salam.”

“Tambah-tambah dunia sekarang dunia orang tengah balah (bertelagah), kita beri salam maknanya selamat untuk kamu. Di mana tak baiknya beri salam.”

Dari kenyataan yang dipetik sebagai kenyataan Tok Guru di atas, satu  kesimpulan kaedah fiqh dakwah Islamiyah telah diberi oleh Tok Guru.

(1) Dalam permasalahan khilaf, pemilihan yang tepat harus dilakukan,
(2) Pemilihan itu harus berdasarkan maslahat dan hikmah demi Allah dan agama-Nya.
(3) Mendalami kehendak semasa dan mencitrakan Islam sebagai kemuliaan dari Allah melalui mengamalan ke dalam budaya umat.

Dalam hal salam ini, jika kita merujukkan kepada Bustanul Arifin yang dikarang oleh Syekh Nashr bin Muhammad As-Samarqandi, kita dapati  beliau menyebut tentang adanya khilaf.

Berkata Syekh Syeikh Nashr : “Para ulama berselisih (khilaf)  mengenai memberi salam kepada ahli zimmah. Sebahagian mereka memperbolehkannya. Dan sebahagian lain melarangnya. Akan tetapi bila mereka memberi salam, kita boleh membalasnya dengan jawapan. Pendapat inilah yang kami anut.”

Menurut Syeklh Nashr, pihak yang membolehkan memberi salam kepada Ahli Zimmah berdasarkan pendapat Abdullah bin Mas’ud r.a. Sementara yang tidak membolehkannya pula, mengambil hujah dari Abdullah bin ‘Umar
.

Untuk memberikan makna yang mendalam tentang hikmah agama Allah tentang memberi salam kepada bukan Islam ini yang dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz itu, elok rasanya kita membuka Al-Quran dalam keadaan yang tenang, dan menghadap hati kepada Allah, lalu merenung ayat 84 hingga ayat 87 Surah An-Nisaa’.  

Mudah-mudahan dicurahi hikmah ke dalam hati nurani kita. WaLahu a’lam bish-showaab !
« Last Edit: January 25, 2010, 12:05:20 AM by Isa Ketot »

Offline L_lo

  • Damen
  • 3 Star Members
  • *
  • Posts: 2,178
  • Karma: +1587/-8
  • Gender: Female
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Microsoft Internet Explorer 8.0 Microsoft Internet Explorer 8.0
  • Referrals: 0
Re: jom syer
« Reply #82 on: March 15, 2010, 12:26:30 PM »

SOLAT ITU  BUANG MASA?

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.
“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.
“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”
“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”
“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.
“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”
“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

“Mengapa?”
“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”
“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

“Kemungkaran dalam kerja? Apa tua?”
“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”
“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.
“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”

Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”
“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”
“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.
“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”
“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”
“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!


Online pEtaI

  • Mafia
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,954
  • Karma: +6460/-7
  • Gender: Male
  • Tiru Macam Saya
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Chrome 4.1.249.1036 Chrome 4.1.249.1036
  • Referrals: 0
Re: jom syer
« Reply #83 on: March 25, 2010, 09:02:43 AM »
“Ya ALLAH, jadikanlah dunia di genggaman tangan kami. Janganlah Engkau jadikan dunia di dalam hati-hati kami…”
-doa Umar al-Khattab R.A-
-seorang seseorang-

Zinedine Zidane : "My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."

Online pEtaI

  • Mafia
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,954
  • Karma: +6460/-7
  • Gender: Male
  • Tiru Macam Saya
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Chrome 4.1.249.1036 Chrome 4.1.249.1036
  • Referrals: 0
Re: jom syer
« Reply #84 on: March 25, 2010, 09:41:21 AM »
Syaikh Rasyid Ridha "Kita Bantu-membantu dalam masalah yang kita sepakati, dan bersikap toleransi dalam masalah yang kita perselisihkan"
-seorang seseorang-

Zinedine Zidane : "My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."

Offline Rev Ryder

  • Arsenal de facto leader
  • Chancellor
  • Gold Members
  • *
  • User of The MonthUser of The Month
  • Posts: 12,563
  • Karma: +4611/-4
  • Gender: Male
  • eXPeCT THe uNeXPeCTeD
  • OS:
  • Windows XP Windows XP
  • Browser:
  • Firefox 3.6.8 Firefox 3.6.8
    • Revolt
  • Referrals: 0
Re: jom syer
« Reply #85 on: August 23, 2010, 04:27:02 PM »
KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN......

Kata Ibrahim Bin Adham : Doa kamu tertolak kerana hati kamu mati.
Hati kamu mati kerana 8 sebab iaitu :

Kamu mengetahui hak-hak Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.

Kamu selalu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamal isi kandungannya. Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya.
Kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

Allah s.w.t memberitau bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata tetapi kamu bersahabat dengannya.

Kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampak ke dalamnya.

Kamu mengaku kamu suka masuk ke dalam syurga tetapi kamu tidak pernah berusaha membuat amal-amal kebaikan supaya kamu dimasukkan kedalamnya.
Setiap hari kamu berusaha menutup aib kamu tetapi dalam masa yang sama kamu tidak bosan-bosan membuka aib orang lain.

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka Dia Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA ingin MengujiMu, Bila DIA tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu yang lebih baik untukmu."

Offline ryuku

  • EXCO Teknikal
  • 1 Star Members
  • *
  • Posts: 145
  • Karma: +101/-0
  • Gender: Male
  • Family 1st
  • OS:
  • Windows Vista/Server 2008 Windows Vista/Server 2008
  • Browser:
  • Chrome 5.0.375.126 Chrome 5.0.375.126
  • Referrals: 0
Re: jom syer
« Reply #86 on: August 24, 2010, 10:50:06 AM »
WONG FEI HONG @ FAISAL HUSSEIN WONG


Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).




Online pEtaI

  • Mafia
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,954
  • Karma: +6460/-7
  • Gender: Male
  • Tiru Macam Saya
  • OS:
  • Windows 7/Server 2008 R2 Windows 7/Server 2008 R2
  • Browser:
  • Firefox 3.6.8 Firefox 3.6.8
  • Referrals: 0
Re: jom syer
« Reply #87 on: August 24, 2010, 11:45:24 AM »
wow..pengetahuan baru ni
-seorang seseorang-

Zinedine Zidane : "My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."

Online pEtaI

  • Mafia
  • 5 Star Members
  • *
  • Posts: 6,954
  • Karma: +6460/-7
  • Gender: Male
  • Tiru Macam Saya
  • OS:
  • Windows 7/Server 2008 R2 Windows 7/Server 2008 R2
  • Browser:
  • Firefox 3.6.8 Firefox 3.6.8
  • Referrals: 0
Re: jom syer
« Reply #88 on: August 25, 2010, 08:48:14 AM »
Gambar terkini esklusif panorama Makam Rasulullah yang diambil sebentar tadi. Makam Rasulullah adalah yang hijau di tengah, yang dikiri pertama itu kosong, dikhaskan untuk Nabi Isa apabila beliau kembali dan wafat di Madinah. Disebelah kanan sekali adalah Makam Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Jangan tersilap.



Sekarang ada dua lane, Yang dalam gambar tu lane mereka yang sembahyang didalam Rahudah dan nak keluar. Di belakang jurukamera yang macam sadin. Kalau lane dekat depan tak boleh ambil gambar nanti kamera kena rampas. Kat belakang bolehla sorok-sorok tangkap. Tawakal.
-seorang seseorang-

Zinedine Zidane : "My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."